Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Bukan Parti Hanya Untuk Satu Kaum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Bukan Parti Hanya Untuk Satu Kaum

 
Trend politik di Malaysia sebenarnya agak unik. Manakan tidak, jika kita lihat kewujudan parti politik di negara ini, semuanya menjurus kearah parti politik berasaskan sesuatu kaum sahaja. Sebagai contoh, UMNO yang dianggotai oleh kaum Melayu, MCA dengan kaum Cina, MIC dengan kaum India, Gerakan dengan kaum Cina dan begitulah dengan lain-lain komponen BN.

Di sebalik semua ini, mungkin ramai yang tidak menyedari, wujud sebuah parti politik yang menjadi antara parti komponen di dalam Barisan Nasional, dianggotai oleh pelbagai kaum utama di negara ini. Boleh dikatakan, ianya begitu menyerupai gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Parti yang di maksudkan adalah MyPPP yang diketuai oleh Tan Sri M Kayveas. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa MyPPP dianggotai oleh pelbagai kaum. Memang benar, kaum India menguasai majoriti ahli parti yang dianggotai kira-kira lebih 600 ribu orang ini. 

Secara amnya, kira-kira 50 peratus ahli MyPPP adalah terdiri daripada kaum India, 30 peratus daripadanya adalah kaum Melayu dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan lain-lain lagi. Justeru, untuk mengatakan parti ini hanya memfokuskan kebajikan kaum India semata-mata, adalah tidak tepat sama sekali.

Seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri M Kayveas dalam satu temuramah khas bersamanya baru-baru ini, beliau mengajak semua rakyat Malaysia merenung sejenak erti sebenar maksud MyPPP. Secara umumnya, MyPPP bermaksud Peace (aman), Progress (kemajuan) dan Prosperity (kemakmuran).

Jika digabungkan kesemua maksud sebenar MyPPP itu sendiri, ianya membawa maksud keamanan, kemajuan dan kemakmuran untuk semua kaum di negara ini. Justeru, beliau menganggap, MyPPP adalah sebuah parti yang mampu menghimpunkan semua kaum utama di negara ini dalam membentuk sebuah kuasa politik yang kuat demi Barisan Nasional.

Melihat akan apa yang telah diterangkan oleh Tan Sri M Kayveas ini, mudah untuk disimpulkan bahawa apa yang beliau lakukan di Cameron Highlands, tanah tumpah darahnya ini, sememangnya cukup berasas. Beliau pasti sedar bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands ini merupakan kerusi yang dipenuhi dengan pelbagai kaum dan etnik dari Orang Asal.

Dengan berlatar belakangkan pembentukan sebuah parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum, bukan satu perkara yang sukar untuk beliau bercampur gaul dengan pelbagai kaum dan etnik dari Orang Asal. Bagi beliau, beliau hanya mahu melihat tanah tumpah darahnya ini membangun dengan jayanya disamping menjaga kebajikan setiap seorang warganya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Gcwmoi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.