Google Dilaporkan Akan Mengambil-Alih Lytro – Syarikat Dengan Kepakaran Teknologi Medan Pencahayaan
Google kini dikatakan akan mengambil-alih salah satu syarikat dengan kepakaran teknologi medan pencahayaan, sekaligus menawarkan pengalaman realiti-maya yang baik, iaitu Lytro.
Lytro pada awalnya ingin menggunakan teknologi medan pencahayaan untuk memudahkan anda menghasilkan gambar yang baik selepas merakamkan sesuatu gambar. Namun, pada 2015 lepas, mereka telah beralih memfokuskan kepada arena realiti-maya dalam kebolehan mengimplementasi teknologi medan pencahayaan pada hasil rakaman.
Dengan pengambil-alihan Lytro ini, ia akan terus mengukuhkan kedudukan Google dalam arena realiti-maya. Seperti ramai sedia maklum, menggunakan gambar yang pegun akan memberikan ketidak-selesaan dalam arena realiti-maya, dan dengan menggunakan teknologi ini, ia akan menghasilkan paparan yang lebih selesa pada mata pengguna.
Google dilaporkan akan mengambil-alih Lytro pada nilai mencapai $40 juta. Buat masa ini, tiada sebarang komen dikeluarkan oleh Google dan Lytro berkenaan dengan desas-desus pengambil-alihan ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G0PClh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment