MSI Memperkenalkan Peranti Gaming Expansion Storage Card – Komponen Simpanan Storan Dengan Rekaan Kad Grafik
MSI, jenama yang terkenal dengan komputer dan laptop gaming mereka baru-baru ini memperkenalkan sebuah peranti storan baru yang dinamakan MSI Gaming Expansion Storage Card yang membolehkan pengguna untuk memasang storan SSD yang menggunakan teknologi NVMe terus ke slot PCIe papan induk tanpa sebarang masalah.
Bagi pengguna-pengguna sistem komputer yang menggunakan papan induk Intel Z370 (CPU Intel Coffee Lake), peranti Gaming Expansion Storage Card ini membolehkan anda menggabungkan dua SSD M.2 di dalam konfigurasi RAID 0 untuk storan yang bukan sahaja besar, tetapi juga pantas, kerana ia menggunakan sambungan PCIe 3.0 untuk penghantaran datanya.
Rekaan peranti ini juga dilihat seakan-akan sebuah kad grafik, dan hadir dengan penutup yang menghalang habuk dari memasuki ke kawasan komponen, dan juga sebuah kipas penyejuk untuk menyejukkan storan-storan SSD didalam kad tersebut.
Menurut laporan KitGuru, MSI menguji kebolehan peranti ini dengan memasang dua SSD Samsung SM961, dan ia merekodkan kelajuan pembacaan data selaju 6600MB/s dan kelajuan penghantaran data 3000MB/s. Bacaan data ini boleh dikatakan dua kali ganda lebih laju berbanding dengan penggunaan satu storan SSD tersebut sahaja.
Sayangnya, MSI berkata bahawa peranti Gaming Expansion Storage Card ini hanya akan hadir bersama-sama dengan komputer desktop MSI Aegis 3 dan MSI Aegis Ti, dan tidak akan dijual secara berasingan buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pw44L5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment