Aplikasi Just A Line Membolehkan Pengguna Melukis Di Udara Menggunakan Teknologi Realiti Gabungan
Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL adalah antara peranti Google pertama yang mempunyai sokongan realiti gabungan terbina. Bagi memberi peluang kepada peranti lain, Google melancarkan ARCore iaitu kit realiti gabungan untuk pembangun menghasilkan aplikasi AR yang boleh digunakan pada peranti Android yang menyokong Google ARCore.
Just a Line – Draw Anywhere, with AR adalah aplikasi yang menggunakan ARCore yang membenarkan pengguna melukis menggunakan garisan putih dalam peranti Android. Aplikasi ini menggunakan kamera peranti untuk memaparkan kesan realiti gabungan. Hasil lukisan yang dilukis boleh dilihat secara 3D dengan mengubah posisi peranti pada sudut yang berbeza.
Jika anda berminat dengan “lukisan 3D” ini anda boleh memuat turun aplikasi ini. Tetapi buat masa ini hanya boleh dimuat turun peranti yang menyokong AR Core iaitu Google Pixel, Google Pixel 2, Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S8, Samsung Galaxy Note 8, OnePlus 5, LG V30, LG V30+ dan Asus Zenfone AR.
Muat turun – Just a line – Draw Anywhere, with AR
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2IHwD0X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment