Bonus tiga bulan atau lebih jika terus tadbir Selangor
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjangkakan akan memberi sekurang-kurang tiga bulan atau lebih tiga bulan bonus sekiranya terus diberi peluang mentadbir negeri ini.
Menteri Besar (kerajaan sementara), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian tiga bulan bonus adalah menjadi keutamaan dan kemampuan kerajaan negeri.
"Tiga bulan bonus bukanlah banyak sangat.
"Selepas ini mungkin kita beri lebih tiga bulan atas prinsip adil dan berdasarkan merit dan prestasi pegawai dan anggota perkhidmatan awam negeri ini.
"Janji ini bukan sebab pilihan raya pada 9 Mei ini, sebaliknya dari awal lagi saya telah menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan anggota kerajaan negeri untuk memberikan insentif kewangan yang adil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Tahun 2017 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Mohamed Azmin menegaskan, majlis APC yang diadakan hampir dengan tarikh PRU14 itu bukan bereerti pihaknya mahu menabur pelbagai bentuk janji dan insentif kepada penjawat awam.
"Sebaliknya program ini sudah diatur lebih awal atas arahan Datuk SUK.
"Saya tidak adakan pemukiman sepertimana terdapat pihak yang mendakwa saya menggunakan pentas ini untuk mempengaruhi pemikiran pegawai dan anggota perkhidmatan awam," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GV4lPc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment