Geng Layang-Layang Tumpas
POLIS menumpaskan Geng Layang-Layang yang aktif melakukan samun rumah burung walit di beberapa daerah sekitar Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Seramai 10 lelaki masing-masing sembilan ahli kumpulan dan seorang pembeli masing-masing berusia 21 hingga 52 tahun ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Sibu antara 2.30 pagi hingga 9 pagi tadi.
Kegiatan kumpulan yang didalangi rakyat tempatan ini menyebabkan pengusaha sarang burung walit mengalami kerugian mencecah RM1 juta.
Mengulas lanjut mengenai kejayaan terbaru ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, kumpulan berkenaan aktif menyamun rumah sarang burung walit sekitar Sibu, Mukah, Tatau, Matu Daro, Sarikei, Saratok dan Betong sejak Disember lalu.
Menurutnya, suspek yang bersenjatakan senapang patah dan parang itu akan memecah masuk rumah sarang burung walit sebelum mengikat dan mencederakan pekerja yang cuba menghalang kegiatan mereka.
“Operasi yang diketuai Timbalan Ketua JSJ Sarawak Asisten Komisioner Abdul Razak Mohamad itu menyerbu sebuah pusat karaoke dan empat rumah sekitar Sibu yang membawa kepada penahanan semua ahli kumpulan selepas berusaha menjejaki mereka sejak enam bulan lalu.
“Siasatan lanjut juga kemudiannya menahan pembeli yang membeli sarang burung berkenaan dengan harga RM2,000 sekilogram sebelum dieksport ke China selepas diproses di rumahnya,” katanya di sini, hari ini.
Dev berkata, siasatan lanjut juga mendapati ahli kumpulan berkenaan juga terbabit dengan kes samun jentera berat di Bintulu pada September tahun lalu dengan nilai kerugian mencecah RM200,000.
Katanya, dalam serbuan awal pagi tadi juga polis turut merampas pelbagai senjata tajam seperti parang, tombak, peluru dan senapang patah selain 20 telefon bimbit, peralatan pecah dan sarang burung yang sudah diproses.
Tambahnya, dengan penahanan suspek, polis yakin menyelesaikan kes pecah masuk rumah burung walit dan samun jentera berat yang dilaporkan sebelum ini. “Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IJ0up1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment