Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita BN Sarawak Bantu Capai Sasaran 29 Kerusi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita BN Sarawak Bantu Capai Sasaran 29 Kerusi

Barisan Nasional (BN) Sarawak dilihat mampu mencapai sasaran menang 29 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata keyakinan itu dilontarkan apabila melihat persiapan rapi yang telah dilaksanakan sambil dibantu pergerakan wanita negeri.

"Sebagai ketua saya boleh katakan jentera Wanita BN Sarawak paling mantap, satu pasukan yang telah lama dibentuk oleh Tan Sri Empiang Jabu (bekas Ketua Wanta BN Sarawak) dan kini diteruskan oleh Datuk Seri Fatimah Abdullah (Ketua Wanita BN Sarawak).

"Melihat kepada pasukan yang mantap ini, bukan sahaja 29 kerusi kita mungkin boleh menang lebih lagi mungkin 30 atau 31 kerusi. Prestasi membanggakan pada pilihan raya negeri lalu sudah cukup untuk menggambarkan persediaan Wanita BN Sarawak" katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera PRU14 Wanita BN Sarawak di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Fatimah, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing serta pimpinan kanan parti-parti komponen BN Sarawak.

Shahrizat berkata dalam fasa terakhir menghadapi PRU14, anggota pergerakan tersebut diingatkan agar menjaga kesihatan dan terus bekerja tanpa jemu.

"Jaga kesihatan dalam tempoh ini kerana kesihatan amat penting. Selain itu jangan bosan, putus asa selepas bertahun-tahun bekerja keras untuk PRU14 sudah tiba masa untuk kita tuai hasilnya," katanya.

Dalam pada itu Shahrizat mengharapkan BN Sarawak dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam barisan kepimpinan negeri. --BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2quE4QZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.