Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Ji dipenjara 9 bulan hina Sultan Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Ji dipenjara 9 bulan hina Sultan Selangor

SHAH ALAM: Seorang penceramah bebas dijatuhi hukuman penjara 
9 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor melalui laman sosial Facebook, 6 tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail memerintahkan Wan Ji Wan Hussin, 35, menjalani hukuman itu selepas dia didapati bersalah menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 pada 10 pagi, 5 November 2012.
Wan Ji dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Radzlan Jalaludin, untuk menangguh pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh Wan Ji.

“Tertuduh membuat penerbitan itu dalam Facebook yang boleh dicapai di serata dunia. Penggunaan ayat dalam penerbitan itu adalah kasar bukan sahaja terhadap Sultan Selangor malah kepada mana-mana individu.

“Perkataan itu sangat menghina Sultan Selangor dan mencakupi kecenderungan menghasut. Saya mohon mahkamah mempertimbang setiap perkataan digunakan tertuduh dalam penerbitan menghasut itu terhadap Sultan Selangor dalam menjatuhkan hukuman,” katanya.

Mohd Radzlan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri yang menghidap diabetes dan 5 anak berusia antara sebulan dan 13 tahun.

Beliau berkata anak guamnya merupakan seorang penceramah bebas yang tidak mempunyai pendapatan tetap sebelum dilantik menjadi pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 8 bulan lalu dengan pendapatan RM4,000 sebulan


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jz3cyw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.