Cekik bapa, nenek kerana dileter
KAGOSHIMA - JEPUN. Gara-gara tidak tahan mendengar leteran, seorang penganggur sanggup membunuh lima orang termasuk ahli keluarganya.
Tomohiro Iwakura, 38, mengaku membunuh bapanya Masatomo, 68 dan neneknya Hisako, 89, di rumah sebelum membuang mayat mereka di hutan berhampiran.
Sementara itu, tiga lagi mangsa, Hiroyuki Goto, 47 yang merupakan teman suspek dan dua ibu saudaranya Takako Iwakura, 69 serta Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui maut di kediamannya.
Laporan media mengatakan ketiga-tiga mangsa terbabit dibunuh ketika datang memeriksa keadaan selepas gagal menghubungi Masatomo serta Hisako selama beberapa hari.
Semua mangsa dipercayai mati akibat dicekik.
Pihak polis berjaya memberkas Iwakura dan kini menjalankan siasatan terperinci. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2v6vIEA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment