Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecederaan bukan alasan, kalah tetap kalah - Hup Wei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecederaan bukan alasan, kalah tetap kalah - Hup Wei

GOLD COAST: Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei tidak mahu menjadikan kecederaan 'hamstring' sebagai alasan kegagalannya meraih pingat pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Olimpian berusia 30 tahun itu ternyata kecewa dengan prestasinya pada aksi final lompat tinggi di Carrara Sports and Leisure Centre itu, selepas hanya mampu membuat lompatan setinggi 2.21m.

Beliau mengalami kecederaan 'hamstring' ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut.

"Kalah tetap kalah. Kecederaan bukan alasan dan saya betul-betul kecewa dengan prestasi malam ini, walaupun memang peserta lain buat lompatan lebih tinggi untuk raih pingat," katanya.

Hup Wei yang membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel kali ini, menamatkan saingan di tempat kelapan berbanding pada penampilan pertamanya pada 2010 di New Delhi, beliau menduduki tempat kelima.

Beliau yang memegang rekod peribadi terbaik setinggi 2.28m, berkata akan kembali ke Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan kecederaannya pulih sebelum memulakan latihan intensif di luar negara.

Sementara itu, atlet podium negara, Nauraj Singh Randhawa yang mencatat ketinggian 2.18m untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-10, mengakui sangat kecewa namun perlu memandang ke hadapan dan fokus terhadap kejohanan seterusnya.

-- BERNAMA



Sumber Kecederaan bukan alasan, kalah tetap kalah - Hup Wei

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qsx2gg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.