Kafe 'kematian' di Bangkok
BANGKOK - THAILAND. Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria dan menenangkan, sebuah kafe di Bangkok memperkenalkan konsep 'kematian' dalam mempromosi perniagaan mereka.
'Kafe kematian' Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam dan dihias kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.
Menu makanannya pula mempunyai nama seperti 'penuaan', 'kesakitan' dan 'kematian', untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar.
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata konsep kematian dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini.
"Mempunyai kesedaran terhadap kematian mengurangkan perasaan tamak dan marah, kita akan mempunyai niat untuk berbuat baik," ujarnya. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hk5jYW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment