Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Kita Sedang Mengambil Langkah Berundur Kebelakang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Kita Sedang Mengambil Langkah Berundur Kebelakang?



Tanyalah setiap seorang rakyat di negara ini, adakah mereka mahu melihat Malaysia bergerak maju kehadapan ataupun berundur kebelakang. Rasanya, kita semua akan menjawab, kita mahu melihat Malaysia dengan gahnya maju kehadapan dengan segala aspek samada ekonomi mahupun sosio politik kita turut bergerak maju kehadapan.

Namun, sejak dua minggu sebaik Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat, satu per satu tindakan mereka dilihat semakin berundur kebelakang. Manakan tidak, disaat seluruh dunia melaksanakan sistem kutipan cukai yang lebih tersusun dengan menggunakan sistem GST atau VAT, Malaysia pula mengambil pendekatan dengan melaksanakan semula SST.

Tindakan ini pantas mengundang persoalan ramai pemerhati ekonomi antarabangsa yang bimbang, ekonomi Malaysia akan kehilangan lebih banyak sumber pendapatan setelah mengambil langkah berundur ke belakang dengan mengenakan GST sifar bermula 1 Jun. Malah, pemerhati ekonomi antarabangsa sendiri hairan dengan langkah kerajaan ini yang disifatkan sebagai langkah berundur ke belakang.

Tidak cukup dengan itu, pengumuman yang dibuat oleh salahseorang badan penasihat kerajaan yang mendakwa, hutang negara mencecah angka RM 1 trilion juga telah menimbulkan suasana panik di kalangan pelabur. Walhal, baru minggu lalu, salah seorang ahli penasihat berkenaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan, hutang negara masih terkawal dan masih dibawah KDNK.

Ini ditambah lagi dengan kemungkinan pembekuan beberapa projek mega yang digerakkan oleh kerajaan BN sebelum ini bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Tidak cukup dengan itu, hampir kesemua kementerian yang ada di dalam kerajaan hari ini lebih sibuk untuk membuka semula kertas siasatan termasuk kes NFC tanpa ada sebarang langkah jangka panjang untuk memangkinkan ekonomi negara.

Jika ada sesiapa yang tidak tahu, sejak 2014 semasa pelbagai fitnah mula dilemparkan kepada kerajaan, satu persatu pelabur asing bertindak menarik diri dari terus melabur di Malaysia. Kini, hanya dua minggu memegang tampuk pentadbiran, bursa saham negara mengalami kejatuhan yang agak mendadak dengan jumlah pelabur yang menarik diri dari terus melabur kedalam negara juga semakin meningkat.

Kesemua mereka mendakwa, ketidak tentuan politik selain daripada wujudnya banyak kenyataan yang mengelirukan tentang ekonomi Malaysia hari ini membuatkan mereka merasa hilang keyakinan untuk terus melabur di negara ini.

Melihat kepada banyak reaksi sebegini, adakah kita sedang mengambil langkah kebelakang atau kita sedang sedikit demi sedikit mengikis kekuatan ekonomi negara? Sebelum ini, banyak agensi antarabangsa termasuk banyak negara kuasa besar ekonomi dunia menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling stabil dan komprehensif ekonominya di peringkat antarabangsa.

Hari ini, dengan pelbbagai kenyataan mengelirukan, ketidak stabilan politik serta ketidak tentuan hala tuju negara pada masa akan datang, dunia mungkin sedang mentertawakan kita. Kita gah melaungkan Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang 2020 namun hakikatnya, setiap hari, Malaysi sedang berundur setapak demi setapak dan menuju kearah Malaysia pada tahun 1997 dan 1998.




✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xgYSBW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.