Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Tegur KP SPRM, MPN Pun Dibubarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Tegur KP SPRM, MPN Pun Dibubarkan



Seluruh negara sejak seminggu ini memberi tumpuan khusus terhadap siasatan yang dibuka semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu 1MDB. Ianya menjadi lebih menarik setelah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipanggil oleh SPRM pada Selasa lalu untuk memberikan kenyataan.

Apa yang menariknya, semasa sesi memberi keterangan itu sedang berlangsung, Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull tampil membuat sidang media kononnya bagi memberi keterangan berhubung siasatan SPRM berkenaan.

Dalam sidang media berkenaan, beliau lebih banyak menceritakan pengalamannya semasa mengendalikan kes berkenaan sehingga memaksanya meninggalkan Malaysia dan mencari perlindungan di Washington.

Malah, beliau seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB menerusi kenyataannya yang sekaligus mengundang pelbagai reaksi negatif terhadapnya. Salah seorang daripadanya adalah Profesor Tan Sri Abu Talib Othman, bekas Peguam Negara yang juga Setiausaha Majlis Profesor Negara.

Dalam satu kenyataan, beliau menegur Shukri supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung siasatan ini kerana dibimbangi akan wujud prejudis terhadap kes ini dan mungkin akan mengganggu pendakwaan di mahkamah sekiranya wujud pendakwaan kelak.

Impak dari teguran ini, semalam, menerusi mesyuarat kabinet yang pertama, kabinet telah memutuskan supaya Majlis Profesor Negara (MPN) dibubarkan.

Dalam sidang media selepas selesai mesyuarat kabinet berkenaan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kabinet tidak nampak sebarang kebaikan untuk meneruskan fungsi MPN. Malah, beliau turut mendakwa, MPN adalah alat bagi kerajaan terdahulu untuk menjalankan agenda politik.

Persoalannya, jika majlis yang menghimpunkan golongan bijak pandai ini dibubarkan, apa lagi yang ada untuk menyeimbangkan sebarang keputusan kerajaan yang ada pada hari ini? Perlu difahami bahawa fungsi MPN adalah lebih kepada memberi nasihat secara profesional kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan terdahulu.

Disinilah wujud persoalan, adakah tindakan pembubaran ini ada kaitan dengan teguran yang dibuat oleh Tan Sri Abu Talib Othman terhadap Ketua Pengarah SPRM ini? Andai kata inilah yang berlaku, maka amatlah malang buat demokrasi di negara ini.

Manakan tidak, hasil daripada satu kritikan yang berasas terhadap mereka yang cuba mewujudkan prejudis terhadap kes 1MDB ini, MPN yang menjalankan tugas mereka dengan penuh intergriti dan profesional, dibubarkan begitu sahaja.

Usahlah diteruskan dengan cara politik berdendam sebegini. Kita sekarang menuju kearah sebuah negara maju namun jika cara politik sebegini diteruskan, negara mungkin akan mengalami kerugian yang berterusan dan tidak mustahil, tiada lagi badan bebas yang boleh mengkritik dan membantu melicinkan perjalanan sesebuah kerajaan selepas ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Lvvo6k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.