Emery Jurulatih Baharu Arsenal
Arsenal mengesahkan pelantikan bekas ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery sebagai pengurus baharu pasukan itu berkuat kuasa semalam. Pemilihan Emery, 47, merupakan satu kejutan kerana The Gunners sebelum ini dikatakan akan melantik bekas pemain tengah pasukan itu, Mikel Arteta yang kini menjadi penolong pengurus kepada Pep Guardiola di Manchester City.
Bagaimanapun, Arsenal membuat keputusan untuk melantik Emery yang membimbing PSG bergelar juara trebel musim ini dengan kejayaan menjulang Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis selain kejuaraan berganda tahun lalu.
“Saya sangat teruja menyertai salah satu pasukan paling hebat di England. Arsenal dikenali dengan kekuatan dan corak permainan menarik selain komitmen mereka untuk membangunkan perkembangan pemain-pemain muda.
“Saya sudah tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab ini dan memulakan karier baharu bersama Arsenal,” kata Emery yang pernah menjuarai gelaran Liga Europa tiga musim berturut-turut bersama Sevilla sebelum ini.
Pengendali dari Sepanyol itu memulakan karier kejurulatihan pada 2004 hingga 2006 bersama Lorca Deportivo, Almeria (2006-2008), Valencia (2008-2012), Spartak Moscow (2012), Sevilla (2013-2106) dan PSG (2016-2018).
Aksi pertama Emery bersama The Gunners menentang Atletico Madrid dalam aksi pramusim di Singapura pada 26 Julai depan sebelum bertemu bekas kelabnya, PSG dua hari kemudian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IK8DOh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment