Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri



Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika memanjat pagar selepas dia cuba membunuh kekasih bekas teman wanitanya di sebuah bandar di Argentina. Beberapa gambar menunjukkan mayat Anibal Fernandez tersangkut di atas pagar di luar rumah bekas teman wanitanya di bandar General Pinedo kelmarin. 

Media tempatan melaporkan, Fernandez yang bersenjatakan raifal ke rumah bekas teman wanitanya, Carina Carabajal dengan niat untuk menyerang kekasih wanita itu, Daniel Campos yang tinggal di situ.

Fernandez dilaporkan menceroboh kediaman berkenaan sebelum bertengkar dengan Campos dan menembak lelaki itu empat kali di tangan serta satu di dada. Apabila Fernandez melarikan diri,

Carina terdengar bunyi tembakan di luar rumahnya. Carina kemudian bergegas keluar rumah dan melihat Fernandez tersangkut di atas pagar dengan darah meleleh di bawahnya.

Fernandez dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Campos terselamat dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu tetapi mengesahkan Fernandez mati akibat tertembak dirinya sendiri.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xeAocN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.