Hi! Welcome Back and Stay Tune! PDRM Sahkan Jumlah Wang Rampasan RM114 Juta.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PDRM Sahkan Jumlah Wang Rampasan RM114 Juta..



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan jumlah wang tunai yang dirampas dalam serbuan di Pavilion Residences,Bukit Bintang, minggu lalu, bernilai RM114 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, wang tersebut dijumpai pada 35 beg daripada 72 beg yang dirampas dan jumlah itu melibatkan 26 mata wang mengikut kadar pertukaran semasa.


Menurut Amar Singh, proses pengiraan wang tunai telah dilakukan dari 21 Mei hingga 23 Mei dan turut mendapat bantuan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Untuk pemeriksaan, kita telah panggil pihak berkecuali iaitu Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang BNM dan seorang pegawai dari bahagian audit Bank Islam untuk membuat pengesahan dan mengira wang tersebut.

"Dalam masa tiga hari itu, sebanyak 11 mesin kira telah digunakan dan seramai 21 pegawai BNM telah membantu kami untuk membuat pengiraan tersebut," katanya pada sidang media, hari ini.

Minggu lalu, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah di sini, dipercayai berkaitan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga buah unit kediaman di kondominium tersebut di Jalan Raja Chulan di sini.



Sementara itu, katanya, baki 37 beg lain mengandungi barang kemas dan jam tangan yang nilainya akan dipastikan minggu depan.

"Kami telah berjumpa dengan beberapa pakar untuk membuat pengesahan auntentik dan juga anggaran harga jam tangan dan barang kemas tersebut. Kami akan lakukannya minggu depan pada hari Isnin," katanya.

Menurut Amar Singh, beg-beg yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenama dan kebanyakannya adalah jenama dari Paris iaitu Hermes.

"Kami akan ambil gambar dan hantar ke Paris untuk pengesahan autentik dan harganya," katanya.

Beliau turut mengesahkan daripada tiga premis di Pavilion Residences yang diserbu, dua daripadanya didiami anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan anak lelakinya, Mohd Ashman serta sebuah premis kosong.


Katanya, setakat ini pihaknya telah merakamkan 30 kenyataan dan siasatan akan diteruskan dengan mengambil keterangan penama lain.

"Pihak Task Force juga sedang berbincang dengan pihak luar negara bagaimana caranya untuk kita dapatkan lebih bukti dalam kes ini," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LtP9eC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.