'Iftar' Bersama, Mat Sabu Masak 5 Menu 'Special' Untuk PM Tun Mahathir..
Perkara yang paling bermakna apabila tibanya Ramadhan adalah berbuka puasa bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat yang rapat dengan kita. Duduk bersama di satu meja dengan pelbagai jenis hidangan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam.
Begitulah situasi yang berlaku antara Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu dengan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad apabila mereka berbuka puasa bersama-sama.
Menariknya, menu special tersebut telah dimasak sendiri oleh Mohamad Sabu atau mesra dengan panggilan Mat Sabu antaranya nasi daging kambing, salad, kambing goreng nampla, gulai ayam serta ikan pekasam serta air asam.
Gambar tersebut melihatkan Tun Mahathir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah telah hadir di kediaman Mat Sabu.
Mat Sabu yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang merupakan seorang pelajar jurusan Seni Kulinari di Institut Teknologi Mara (UiTM). Dek kerana minat yang mendalam terhadap bidang masakan, ada yang menggelar beliau sebagai Chef Mat Sabu.
Netizen juga telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.
Saling berdamai.
Beruntung pandai masak.
Sumber : FB Viral Media Johor
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IOhs5E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment