Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentuhan Retro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentuhan Retro



Rekaannya mengingatkan penulis kepada model Zephyr yang popular ketika 1990-an sebagai motosikal naked gaya retro diasaskan daripada model Kawasaki Z1 keluaran 1972. 

Selepas lama menyepi dalam segmen itu Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) memperkenalkan model Z900RS baru-baru untuk pasaran tempatan dengan enjin 948cc empat silinder sebaris menggabungkan elemen moden dan vintaj tampil menarik.

Menunggang uji jentera ini untuk sesi bersama media di Putrajaya dan untuk tempoh beberapa hari kemudiannya, penulis menggunakan ia sebagai kenderaan harian ke beberapa lokasi di Lembah Klang ternyata model ini sesuai untuk pelbagai tujuan.

Motosikal yang diletakkan di dalam segmen premium Kawasaki itu banyak mengambil elemen dan ciri daripada model Z1 terutama pada rekaan tangki bahan api bentuk ‘air mata’ dipadankan dengan tempat duduk dan bahagian lampu belakang ‘muncung itik’ tampil dengan adunan retro yang menawan.

Rekaan kerangka trelis ringan terutama pada enjin yang kemas serta lampu hadapan berbentuk bulat daripada LED yang cerah ketika tunggangan malam hari antara elemen menyerlahkan Z900RS ini. VARIAN standard dengan warna hitam dan hijau.

Posisi menunggang lebih santai dengan pemegang lebar lebih 30 milimeter (mm) sesuai untuk perjalanan jauh bagi mengurangkan bebanan pada lengan serta kedudukan pelana yang selesa untuk pelbagai ketinggian penunggang Asia. Pelana juga mudah dibuka untuk simpanan barangan kecil dan alatan motosikal dibawahnya.

Bentuk ekzos dengan bunyi yang ditala secara standard daripada kilang Kawasaki menjadikan ia berderum gaya sporty yang pertama untuk jenama itu menghasilkannya secara eksklusif untuk model ini.

Untuk paparan dwi-meter dengan rekaan berkonsepkan ‘peluru’ gabungan analog dan digital memaparkan kelajuan dan maklumat perjalanan dengan mudah termasuk trip dan jarak baki bahan api begitu membantu dalam merancang perjalanan penulis.

Ketika menunggang enjinnya lancar pada pelbagai kelajuan termasuk dalam bandar melepasi kesesakan jalan raya mudah dikawal dengan sistem Bantu Klac & Slipper menjadikan tukaran gear lebih lancar.

Model ini menggunakan enjin sama dengan Kawasaki Z900 dilancarkan di Malaysia tahun lalu namun menawarkan gaya tunggangan berbeza termasuk kuasa kudanya direndahkan daripada 124hp dan daya kilas 98.6 Nm kepada 111hp dan 72.5 Nm. ENJIN 948 cc empat silinder sebaris.

Perbezaan itu tidak memberi kesan ketara atau menghalang untuknya kekal memecut di lebuh raya dengan mudah mencapai kelajuan sekitar 180 kilometer/sejam (km/j) dengan stabil serta dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan dua mod Kawalan Cengkaman Kawasaki (KTRC) untuk menunggang jentera dengan lebih yakin.

Suspensi Sambungan Belakang Mendatar Kawasaki adalah teknologi moden bagi menyerap getaran permukaan jalan tidak rata dengan baik dan berfungsi bagi memberi kendalian lebih mantap terutama di selekoh.

Untuk suspensi fork hadapan terbalik menawarkan keselesaan tunggangan pelbagai permukaan dengan 10 gaya mampatan dan 12 gaya lantunan termasuk larasan redaman dan pra-bebanan bagi disesuaikan mengikut keperluan, laluan dan gaya tunggangan seseorang itu.

Z900RS didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE) dan membezakan keduanya ialah daripada segi warna dan aksesori seperti sentuhan krom pada beberapa bahagian. Secara keseluruhannya model Kawasaki Z900RS diimport sepenuhnya dari Jepun ini adalah model yang sesuai untuk pelbagai tujuan serta selesa sama ada untuk perjalanan dekat ataupun jauh.

Ia juga sesuai dipadankan dengan gaya berfesyen seperti jaket kulit dan but atau ala ‘Gentleman Distinguished Ride’ kerana sentuhan elemen retro pada jentera ini. Bunyi eksoz talaan standard Kawasaki, ciri keselamatan terbaik, adunan retro dan moden, tunggangan prestasi atau santai menjadikan ia ciri menarik sesuai untuk golongan sasar pembelinya.

Hujung minggu atau sebagai kegunaan harian Z900RS bukan sahaja memberikan gaya dan prestasi malah kepuasan menunggang sebuah motosikal naked pemium.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM67,900 (Standard-warna hitam) dan RM69,900 (SE-oren) termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa insurans yang didatangkan dengan jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih awal. PELANA selesa dan ergonomik.

KAWASAKI Z900RS

• ENJIN: 948 cc, empat silinder sebaris, sejukan cecair, DOHC.
• KUASA MAKSIMUM: 111 PS pada 8,500 rpm
• TORK MAKSIMUM: 98.5 Nm pada 6,500 rpm
• KAPASITI PETROL: 17 liter.
• CIRI KESELAMATAN: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman Kawasaki (KTRC).
• HARGA: RM67,900 (Standard) dan RM69,900 (SE) (atas jalan tanpa insurans).

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LtxsvM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.