Perkhidmatan Syarikat Warisan Teguh Bistari Sdn.Bhd Digantung Sementara.
Junz (dua dari kanan), Zulkifli (dua dari kiri) serta Penasihat Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk David Chong (kiri) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan , Rakam Sijim (kanan) di sidang media kelmarin.
KOTA KINABALU: Perkhidmatan Syarikat Warisan Teguh Bistari Sdn Bhd digantung sementara kerana gagal mematuhi terma dan syarat kontrak pendalaman 30 kilometer (km) daripada 70 km sungai di Kota Belud.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong berkata syarikat berkenaan gagal mengemukakan tiga dokumen dan turut gagal melantik sub kontraktor di bahagian Bidang Kritikal.
“Melalui Jabatan Perairan dan Saliran Sabah, satu surat penggantungan dan surat amaran pertama telah diserahkan kepada syarikat tersebut kerana gagal mematuhi terma dan syarat surat pemberian ‘Projek Pengorekan dan khas Pengambilan Batu dan Pasir di Sungai yang Terjejas akibat Gempa Bumi di Kota Belud’ iaitu dokumen Bon Prestasi dalam bentuk Jaminan Bank; Polisi Insurans; Surat Pelantikan Perunding serta gagal melantik sub kontraktor di Bidang Kritikal.
“JPS juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud pada minggu lepas berkenaan perkara ini dan kontrak syarikat berkenaan mungkin akan ditamatkan, tertakluk kepada nasihat dari Dewan Peguam Negara.
“Dalam pada masa yang sama kita juga akan menyediakan reka bentuk dan mekanisme baharu bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Kota Belud,” katanya dalam satu sidang media khas di kementerian berkenaan, kelmarin.
Untuk rekod, Kerajaan Negeri terdahulu telah meluluskan dan melantik Syarikat Warisan Teguh Bistari Sdn Bhd melaksanakan projek tersebut dan turut melantik lapan sub kontraktor di bawah projek berkenaan.
Menurut Junz, dua jawatankuasa telah ditubuh untuk menyelia projek berkenaan iaitu Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh JPS Sabah dan turut dilantik sebagai Agensi Pelaksana.
“Surat penganugerahan kontrak telah dikeluarkan yang dikeluarkan pada 27 Februari 2018 dengan memiliki tapak pada 20 Mac 2018 hingga 19 Mac 2021 selama tiga tahun dengan anggaran kos projek berjumlah RM 18,835,400 yang telah dipersetujui untuk dibayar secara ‘in kind’.
“Sejak permulaan projek, Jawatankuasa Teknikal telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk memantau dan memastikan projek tersebut berjalan mengikut pelan mengikut keperluan kontrak,” ujarnya.
Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perindustrian Makanan, Zulkifli Harith. - PENERANGAN
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LyMPTw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment