Bagaimana Tun Mahathir "Ciplak" Idea Machiavelli?
Antara sebab utama Machiavelli mempromosi politik yang agak 'dark' dan tak mementingkan moral adalah disebabkan rakyat tidak memahami urus tadbir negara.
Ambil contoh isu baru-baru ini saja. Agong ditempelelak dan dihina hanya sebab pada zahirnya pelantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dilambatkan.
Sedangkan ia bukan sengaja dilambatkan tetapi ia harus menempuh proses dan birokrasi yang panjang.
Machiavelli merasakan memberikan pencerahan kepada rakyat tentang bagaimana negara diuruskan mengambil proses yang jenuh. Tambah lagi setiap negara mempunyai polisi dan dasar yang berbeza.
Malaysia pun dah sediakan pelbagai akta dan birokrasi itu dan ini tapi rakyat tak ada masa nak baca.
Jadi, dia buat buku macam mana sang penguasa nak memerintah negara disamping menhadapi rakyat yang buta tentang selok-belok politik.
Rakyat nak pendidikan percuma, tak mahu GST, tak nak tol, tak nak bayar hutang, nak rumah percuma setiap orang, nak semua bendalah percuma tapi tak fikir bagaimana negara nak bagi semua benda percuma kalau sumber pendapatan seperti cukai pun rakyat tak mahu bayar.
Ini analogi mudah. Aku rasa semua orang boleh fikir. Aku pun nak semua benda percuma. Tapi aku fikir juga macam mana negara nak jana pendapatannya sendiri.
Negara pendidikan percuma seperti Findland dan Norway mengenakan GST gila babi punya tinggi supaya pendidikan percuma itu dapat diberikan.
Rakyat mereka faham perkara itu dan menerima polisi GST.
Rakyat selalunya tak fikir perkara ini. Kalau kemahuan mereka tak tertunai, mereka akan marah pada penguasa.
Tak kisah kemahuan apa pun termasuklah kemahuan yang cepat supaya Tun M. dilantik.
Tak dapat, rakyat akan cari mana-mana kesalahan pada autoriti.
Inilah sebab kenapa, kalau kita baca idea Machiavelli, tiada sang penguasa yang suci dan muluk.
Janji manis sentiasa menitir di bibir supaya kemarahan rakyat dapat dikawal.
Pemberontak, walaupun membawa idea baru yang diakui oleh penguasa berkesan, akan lekas ditangkap kerana menurut pertimbangannya belum sesuai waktunya untuk rakyat hadapi.
Ada waktu-waktu sang penguasa terpaksa mengekalkan suatu tradisi supaya rakyat tidak memberontak walaupun tradisi itu memberikan kesan pada kehancuran negara.
Media terpaksa dikawal. Kebebasan suara dikawal demi keselamatan negara walaupun rakyat nampak benda ini seperti penindasan.
Tapi ini apa yang Tun M. pernah buat dulu. Anwar dipenjarakan dan AUKU dia buat supaya negara terpelihara. Dia cerdik.
Korupsi penguasa akan semakin tinggi kalau kefahaman rakyat tentang tadbir urus negara semakin rendah.
Sebab itu Machiavelli usulkan politik yang praktikal terus tanpa mempedulikan bagaimana kefahaman rakyat.
Tapi dia akui dan sedar apa yang rakyat suka. Pada masa yang sama, kemahuan rakyat itu boleh jadi membawa pada kehancuran negara.
Konflik ini yang membuatkan sang penguasa kadangkala terpaksa kotorkan tangan.
Kita akui, Islam pernah menjalankan tadbir urus yang baik dan suci seperti Rasulullah s.a.w dan Khalifah empat.
Tapi lihat la pula rakyatnya siapa. Rakyatnya adalah umat terbaik.
Kecelikan rakyat ke atas tadbir urus negara dapat mengurangkan korupsi sang penguasa.
Kita kena tanam bagaimana untuk bantu negara bukannya tanam kemahuan kita supaya negara dapat penuhi.
Dulu republik Weimar di Jerman memerintah secara demokrasi. Tetapi Hitler gunakan kemarahan rakyat sampai hancurnya demokrasi.
Jangan sampai ada orang gunakan kemarahan terhadap Agong akibat buta proses lantikan menyebabkan runtuhnya institusi beraja.
https://www.facebook.com/khalifah.prince/posts/1816010088419161
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jOSOaa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment