Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uqasha Senrose Dakwa Disabotaj Isu Dadah, Ini Jawab Pihak Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uqasha Senrose Dakwa Disabotaj Isu Dadah, Ini Jawab Pihak Polis

uqasha senrose dakwa disabotaj isu dadah ini jawab pihak polis 1

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Pihak polis menegaskan penyiasatan terhadap artis wanita yang ditahan kerana dadah Ahad lalu tetap akan diteruskan.

Ia susulan kenyataan aktres terbabit yang mendakwa dirinya disabotaj pihak tertentu selepas disyaki memiliki 53 biji pil dipercayai Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid berkata, pihaknya kini dalam proses siasatan bagi menentukan pil berbalut kerajang aluminium (aluminium foil) yang ditemui dalam tas tangan wanita itu adalah dadah atau sebaliknya.

uqasha senrose dakwa disabotaj isu dadah ini jawab pihak polis 2

Kredit foto: Mstar

"Susulan penemuan bahan itu bersama pelakon terbabit, kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini termasuklah untuk mengesahkan bahawa bahan itu dadah atau bukan, dengan menghantar bahan itu ke makmal," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya, proses siasatan akan berterusan dengan mengenalpasti punca sebenar dadah itu berada dalam simpanan pelakon berkenaan. 

"Hanya selepas mendapat keputusan ujian makmal, barulah kita akan menjurus kepada siasatan lain termasuk bagaimana bahan itu berada bersamanya, termasuk unsur sabotaj," katanya. 

Roslan menambah, dakwaan aktres itu yang mengatakan dirinya disabotaj tidak akan menghentikan siasatan.

Terdahulu, pelakon berasal dari Kelantan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi pada jam 11.45 pagi, sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Menerusi laporan portal Mstar sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah berkenaan bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu didapati negatif.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis

Kes itu bakal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ItReZB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.