Tahniah Kepada Rody Kristal Yang Kini Bergelar Suami Nur Izwani
KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan Kristal, Rody kini sah bergelar suami kepada penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman.
Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak dalam sebuah majlis pada malam Jumaat lalu di Hotel Kulai, Johor.
“Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami. Buat isteri yang tercinta, insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang,” katanya.
Dalam majlis tersebut, Rody, menyediakan mas kahwin berjumlah RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11 serta memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.
Majlis resepsi pasangan berkenaan diadakan di Dewan Raya Kulai, Johor pada Sabtu. – K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IafZqf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment