Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Cuba Jual Nama Fadhil Noor Untuk Raih Undi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Cuba Jual Nama Fadhil Noor Untuk Raih Undi






Menjelang beberapa hari lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr. Mahathir Mohamad mula main sandiwara. Semalam pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menziarahi kubur bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena.

Itu adalah kali pertama beliau menziarahi kubur Fadzil Noor.

Selang sejam selepas itu, ketika program ramah mesra dengan penduduk di DUN Bukit Lada, Mahathir memuji Fadzil dan mendakwa arwah adalah penasihat agama peribadinya.

Memang licik cara beliau cuba menagih simpati terutama daripada penyokong PAS, yang sebelum ini marah dengan mulut celuparnya menggelar mangsa peristiwa berdarah Memali bukan mati syahid sebaliknya `mati katak’.

Allahyarham Fadzil Noor merupakan pemimpin PAS yang tetap mempertahankan pendirian parti itu bahawa bahawa tindakan Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam peristiwa Memali pada 1985 itu sebagai jihad dan mati mereka adalah mati syahid.

Selepas penyokong dan pemimpin PAS mengecam hebat Mahathir hinggakan salah seorang anak mangsa Memali, Mohamad Zuhdi Mat Piah tanpa bertapis telah memanggilnya sebagai celaka dan kurang ajar, Mahathir terpaksa meminta maaf.

Tetapi dalam beliau meminta maaf itu, Mahathir sempat menyalahkan Amanat Haji Hadi yang dikatakan menjadi punca kepada tragedi berdarah itu.

Ketika Mahathir melawat kubur Allahyarham, penduduk di situ yang sebahagian besarnya adalah penyokong PAS tidak teruja pun, hanya memandang dari jauh.

Tapi malangnya, siang beliau menziarahi kubur Fadhil Noor, malamnya pula, Mahathir menghentam PAS dan menuduh parti itu mendapat wang dari UMNO.

Bukan itu sahaja, beliau menuduh PAS menjual agama untuk mendapatkan undi. Begitu lantang sekali Mahathir berkata-kata.

Betullah kata Rafizi Ramli sebelum ini, bahawa Mahathir lidah bercabang. Beliau lakukan itu semua untuk menang pilihan raya. Mahathir tidak pula ziarah kubur ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia.

Tapi itulah strategi Mahathir. Beliau akan menggunakan sesiapa sahaja untuk meraih undi.

#JomBn
#BersamaBN
#HarapanPalsu



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IifASr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.