“Saya Tak Berniat Tapi Selalu Teringin…” – Akibat Obses Dengan ‘Game’ Pubg
Seorang remaja berumur 15 tahun yang obses dengan pemainan komputer mengaku menikam pelajar perempuan sehingga mati kerana ingin merasai bagaimana rasa melakukan perbuatan jenayah itu, lapor Daily Mail.
Alexey Maximov menikam mangsa, Daria Evdokimova, 21, sebanyak beberapa kali ketika mangsa sedang mengeluarkan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang di Moscow, Rusia. Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
Menurut sumber polis, suspek mengaku menikam mangsa di leher, mata, kepala dan dada.
Polis juga mendedahkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek mengekori mangsa sebelum kejadian itu berlaku.
Lapor Mash News, Alexey berkata, “Saya tidak berniat untuk membunuh dia, tidak sama sekali. Tetapi ada suara di dalam kepala saya yang menyuruh saya berbuat demikian.
“Saya selalu teringin melihat bagaimana seseorang itu mati di tangan saya sendiri,” katanya.
Selepas kejadian itu, suspek mengambil 30,000 roubles (RM1,851) yang baru saja dikeluarkan oleh mangsa dari mesin pengeluaran wang sebelum melarikan diri dari tempat kejadian itu.
Anggota polis yang ternampak kejadian itu cuba mengejar suspek, namun tidak berjaya. Suspek kemudian dikesan melalui kamera CCTV dan isyarat telefon bimbitnya yang membawa ke rumah suspek.
Ketika diserbu, suspek sedang bermain permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).
“Apabila polis datang menyerbunya, Alexey sedang bermain permainan komputernya seperti biasa dan membunuh karekter lain dalam permainan itu.
“Dia tidak melawan dan terus mengaku melakukan jenayah itu,” kata sumber.
“Dia juga memberitahu polis yang dia cuba mengikut senario kejadian yang berlaku dalam permainan komputernya,” katanya lagi.
Lapor akhbar berita tempatan, mangsa berumur 21 tahun yang merupakan pelajar di sebuah universiti di Moscow maut dalam serangan bersenjata pada 30 April. Teman lelaki mangsa yang datang ke tempat kejadian terkejut apabila melihat keadaan mangsa.
Sementara itu, ibu bapa suspek juga terkejut dengan kejadian itu dan mengatakan anak mereka tidak pernah menimbulkan sebarang masalah yang melibatkan undang-undang.
Suspek kini ditahan reman untuk siasatan atas dakwaan membunuh.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IaqTQD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment