Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Yang Tolol Adalah Anak Lelaki Almarhum Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz’, – Dr. Kamarul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Yang Tolol Adalah Anak Lelaki Almarhum Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz’, – Dr. Kamarul





Tindakan Dr. Mahathir Mohamad yang melawat kubur musuh politiknya Allahyarham Datuk Fadzil Noor, terus dikecam. Beliau disifatkan oleh pemimpin PAS dan penyokong parti itu sebagai semakin terdesak dan cuba meraih undi menjelang hari mengundi pada 9 Mei ini.

Mereka bertanyakan soalan kepada pengerusi Pakatan Harapan itu sama ada beliau mengambil iktibar daripada ziarah itu?

Ini kerana semasa hayatnya, Fadzil Noor berusaha menjaga agama dan menegakkan benang yang basah, jadi adakah Mahathir mengambil iktibar sedangkan beberapa kenyataannya sebelum ini dilihat mempersendakan agama.

Mahathir bukan sahaja menziarahi kubur Fadzil Noor malah beliau juga dikatakan mahu menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun dihalang oleh salah seorang anak beliau iaitu Nik Adli.

Semasa hayatnya, pelbagai kata-kata kecaman dihamburkan oleh Mahathir kepada Nik Aziz dan turut mengecam Nik Aziz sebagai nyanyuk.

Tindakan yang dilakukan Mahathir ini cukup untuk menunjukkan beliau sudah terdesak. Ini kerana selepas menziarahi kubur Fadzil Noor, beliau kemudiannya memuji Allahyarham dan mendakwa Fadhil Noor adalah penasihat peribadi beliau.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam tulisannya berkata tiada sepatah kemaafan pun diluahkan oleh Mahathir di atas isu Memali, apatah lagi di atas penganiayaan terhadap Almarhum Fadzil Noor dan PAS.

“Yang tolol adalah anak lelaki Almarhum Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz, yang berkata kononnya ziarah kubur itu melambangkan kesedaran, keinsafan dan taubat Tun Dr Mahathir.

“Faiz sepatutnya bertanya dulu kepada Mahfuz Omar yang sanggup menjadi pengiring kepada Mahathir dalam ziarah ke kubur Almarhum Datuk Fadzil Noor itu.

“Ini kerana Mahfuz yang dalam sidang Parlimen pada 13 Mac 2002 menyebut `Arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri untuk membunuh Ustaz Ibrahim Mahmud’,” katanya.

Menurut Dr. Kamarul Zaman, Faiz juga sepatutnya meneliti dulu Penyata Parlimen pada 13 Mac 2002 di mana Allahyarham Fadzil Noor berucap panjang lebar membahaskan isu Memali ini.

Jika diteliti ucapan itu, katanya, Faiz akan mengetahui dengan jelas bahawa Allahyarham Fadhil meletakkan kesalahan dalam isu Memali ini ke atas Mahathir.

Dr. Kamarul juga berkata, jika diteliti Penyata Parlimen pada 20 Mac 2001, Fadzil Noor juga mengingatkan Mahathir mengenai syarat taubat dalam Islam.

Kata Almarhum, taubat tidak diterima Allah kecuali bagi orang yang benar-benar ikhlas di mana keikhlasan ini memerlukan pembuktian, kesungguhan dan pembaikian amalan.

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IaqKg3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.