Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Sejarah Tercipta! Akhirnya Tun Mahathir Angkat Sumpah Sebagai PM Kali Kedua.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Sejarah Tercipta! Akhirnya Tun Mahathir Angkat Sumpah Sebagai PM Kali Kedua..



KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam.

Image may contain: 2 people, people sitting and text

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.


Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa.


Terdahulu, Dr Mahathir berkata, selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan bagi membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Image may contain: 5 people, people standing

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya negara ini, pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Image may contain: 2 people, people smiling

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada Rabu, PH memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.


Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Image result for Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua

Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.


Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober 2003.

VIDEO:



Sumber; Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KgvrBT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.