Israel bunuh Bashar al-Assad jika Iran serang Tel Aviv
TEL AVIV - Seorang menteri Kabinet Israel berkata negara itu tidak teragak-agak menggulingkan kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad, jika Iran melancarkan serangan ke atas wilayahnya.
Malah, Assad sendiri mungkin menjadi sasaran peluru hidup.
Kenyataan kontroversi itu dibuat Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz dalam satu temu bual bersama portal berita berbahasa Hebrew, Ynet, semalam.
"Jika Assad membenarkan Iran menggunakan wilayahnya untuk menyerang Israel, kami akan bertindak balas.
"Dia sepatutnya tahu, jika ia berlaku, itu adalah pengakhiran buat kerajaan dan rejimnya," kata Steinitz.
Bagaimanapun, Steinitz menegaskan kenyataannya tidak mewakili suara kerajaan mahupun polisi Tel Aviv.
Sebelum ini, Iran menegaskan hanya rakyat Syria berhak menentukan masa depan mereka tanpa campur tangan Israel mahupun negara Barat.
Teheran berkata, pihaknya tidak teragak campur tangan sekiranya kuasa luar mahu menentukan hala tuju Syria.
Iran adalah sekutu kuat Syria. - Press TV
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rtl9Xg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment