Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunjuk Bukti Kalau Hamil Anak Pemuzik Wings – Awie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunjuk Bukti Kalau Hamil Anak Pemuzik Wings – Awie

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.Vokalis Wings, Datuk Awie meminta wanita itu tidak bersembunyi di sebalik purdahnya dan dia diminta membuat laporan polis.

Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis,” katanya.

Awie memberitahu Wings juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya dakwaan itu fitnah.Awie berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang wanita misteri yang mendakwa hamil anak anggota kumpulan rock.

Wanita itu meminta individu tersebut yang kononnya seorang pemuzik Wings bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya yang kini mencecah lima bulan.Dalam pada itu, Awie berkata, kontroversi itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baik dan kredibiliti Wings.

Dakwaannya itu bukannya sahaja membabitkan seorang individu tetapi melibatkan anggota lain dalam Wings dan boleh jadi ia merupakan agenda menjatuhkan kami.Wings bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena Ramadan di Hotel Priemera Kuala Lumpur pada 26 Mei ini.

Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya… Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah,” ujarnya.Tambahnya, pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya apa didakwa itu fitnah.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar, saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Awie.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IyIAJb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.