Bayar Rawatan Dengan 10 Botol Plastik
CIANJUR - INDONESIA.Doktor ini mengenakan 'bayaran' dengan cara berbeza kepada pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di kliniknya di Desa Sukasari, Kecamatan Cilaku, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.
Dr Yusuf Nugraha berkata, kos rawatan tersebut hampir percuma kerana pesakit yang kurang berkemampuan dan tidak memiliki insurans kesihatan dengan hanya memberikan 10 botol plastik sebagai bayaran.
"Selain dapat dikitar semula, ia sebenarnya membantu masyarakat membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Ia perlu dilakukan dengan cara yang mudah difahami masyarakat," ujarnya.
Selain itu, Yusuf juga mempunyai program unik lain seperti 'dompet ubat' untuk mengajak masyarakat mengurangkan penggunaan plastik. - Kompas.com
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IpqExp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment