Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Toyol' Dalam Tandas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Toyol' Dalam Tandas



Sengaja mengunci diri di dalam tandas selama hampir satu jam. Itu helah digunakan seorang ‘toyol’ kasut apabila kegiatan jenayah mencuri kasut dikesan penduduk sebuah kuarters di Cheras di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, helahnya itu berjaya dihidu penduduk kuarters berkenaan sebelum bertindak menahan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, suspek yang cuba mencuri sepasang kasut di hadapan rumah penduduk disergah salah seorang penghuni yang terlihat kegiatannya itu. “Seorang penghuni wanita ternampak suspek yang ketika itu cuba mencuri sepasang kasut menggunakan payung.

“Wanita itu segera memaklumkan suaminya berhubung tindakan suspek. Suami wanita terbabit kemudian menyergah suspek menyebabkan penjenayah itu melarikan diri. Sergahan itu menyebabkan suasana menjadi kecoh dan penduduk kuarters itu segera bertindak memburu suspek di sekitar tempat tinggal mereka,” katanya ketika dihubungi.

Ghani berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan selepas salah seorang daripada penduduk mendapati pintu salah sebuah tandas dalam keadaan berkunci. PENCURI kasut yang ditahan penduduk. “Penduduk itu mengetuk pintu tandas itu berulang kali sambil bertanya identiti individu yang berada di dalam tandas itu.

“Bagaimanapun, suspek mematikan diri. Salah seorang penduduk kemudian menggunakan telefon pintarnya untuk mengambil gambar di dalam tandas berkenaan sebelum mendapati seorang lelaki sedang menyorok di dalamnya.

“Suspek kemudian menyerah diri selepas dipaksa keluar dari tandas berulang kali oleh penduduk. Suspek seterusnya mengaku cuba mencuri kasut. Polis kemudian dimaklumkan berhubung tangkapan berkenaan sebelum suspek dibawa ke Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rINBUU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.