Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penampilan Terakhir Chong Wei Pada Piala Thomas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penampilan Terakhir Chong Wei Pada Piala Thomas



KELIBAT jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada saingan Piala Thomas mungkin tidak akan kelihatan lagi pada penganjuran akan datang apabila mengakui edisi kali ini bakal menjadi penampilan terakhirnya. 

Justeru, pemain berusia 36 tahun itu tekad untuk memperagakan aksi terbaik pada penganjuran di Bangkok, Thailand, sekali gus membantu skuad negara membawa pulang trofi tersebut buat kali pertama sejak 1992.

Pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu juga mengakui, gandingan pemain senior dan junior yang dibentuk pada kali ini memiliki kekuatan tersendiri selain sebagai pendedahan kepada pemain-pemain muda.

“Kali ini ramai pemain muda yang diserap ke dalam skuad kecuali saya, (Goh) V Shem dan (Tan) Wee Kiong. Ia keputusan yang sangat baik demi masa depan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). 

“Sementara itu, edisi kali ini juga mungkin merupakan penampilan terakhir saya di Piala Thomas, jadi saya harap pemain-pemain muda gunakan peluang ini untuk timba pengalaman berguna,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Mengulas mengenai hasrat Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang mahu menyaksikan skuad kali ini mencipta sejarah baharu dengan membawa pulang Piala Thomas, Chong Wei mengakui tidak mustahil untuk merealisasikannya meskipun sukar.

“Kita akan cuba berikan yang terbaik tidak kisah macam mana sekalipun kerana apa-apa sahaja boleh berlaku di sana nanti. Kami dengar hasrat presiden dan akan cuba siapkan pasukan dengan sebaiknya, terutamanya dari segi mental,” tambahnya.

Pada masa sama, bekas pemain No.1 dunia itu juga menyambut baik hasrat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk memperkenalkan sistem pengiraan 11 mata kerana ia mampu memendekkan tempoh masa sesuatu perlawanan.

“Mengenai sistem kiraan 11 mata, memang bagus untuk saya, lebih-lebih lagi pada usia begini. Ia mampu untuk memendekkan tempoh permainan, bagaimanapun perbezaan pasti dirasai jika dibandingkan dengan sistem permainan semasa,” ujarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rLEd2V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.