Semua gambar Mohd. Irwan di premis LHDN diturunkan
PUTRAJAYA 15 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengarahkan semua gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah di semua premisnya diturunkan dengan serta-merta.
Menurut kenyataan Jabatan Korporat LHDN, pihaknya juga mengarahkan agar risalah, bahan bercetak dan gegantung (bunting) yang berkaitan Mohd. Irwan Siregar diturunkan.
“Ini berikutan keputusan Kerajaan agar perkhidmatan Mohd. Irwan Serigar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan ke 14 Jun ini dan beliau kini ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam serta tidak dibenarkan menjalankan tugas berkaitan Kementerian Kewangan.
“Semua tindakan berkaitan dengan perkara ini adalah berkuatkuasa serta-merta dan hendaklah dipatuhi,” kata kenyataan itu hari ini.-UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IoCSGB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment