Tiga Beranak Cedera Tong Gas Meletup
DUA beradik melecur 50 peratus, manakala bapa mereka cedera apabila tong gas petroleum cecair (LPG) di rumah mereka meletup di Desa Senadin, Miri, hari ini.
Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa, Serene Wong Hong Sieng, 15, dan abangnya, Vincent Wong Hong Seng, 18, masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Manakala bapa mereka, Wong Huang Jing Lo,52, cedera apabila terkena serpihan rumah yang terpelanting akibat letupan itu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.31 berhubung kejadian itu Menurutnya, setibanya ke lokasi mendapati terdapat kesan letupan di rumah berkenaan, manakala, kebakaran sudah dipadam orang awam.
Semua mangsa juga sudah dibawa ke Hospital Miri oleh pihak polis dan orang awam selepas kejadian itu. "Letupan itu turut mengakibatkan rumah bersebelahan terjejas, bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat," katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa baru pulang ke rumah berkenaan sebelum bapa mangsa terhidu bau gas di dalam rumah sebelum berlakunya letupan itu. "Setakat ini, punca kejadian masih di dalam siasatan," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Iphyow
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment