Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Sedang Membangunkan Telefon Pintar Android Dilengkapi Teknologi Rantaian-Blok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Sedang Membangunkan Telefon Pintar Android Dilengkapi Teknologi Rantaian-Blok

Teknologi rantaian-blok (blockchain) merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan ramai sejak daripada tahun lepas. Kini, nampaknya pihak HTC turut tidak ingin ketinggalan. TNW kini melaporkan, HTC sedang membangunkan sebuah telefon pintar baru yang khusus untuknya.

HTC Exodus

Telefon pintar ini bakal dikuasakan sistem operasi Android, dan dikenali dengan nama Exodus. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah dompet kriptowang universal, selain sokongan untuk sejumlah aplikasi terpencar (decentralized).

HTC juga dikatakan merancang untuk membangunkan rangkaian rantaian-blok tersendiri yang menghubungkan semua telefon Exodus ini, selain pada masa yang sama menyokong pelbagai protokol seperti Bitcoin, Ethereum, Dfinity, dan lain-lain.

Menariknya, HTC juga dijangka akan menerima pembelian menggunakan kriptowang untuk telefon pintar ini.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai projek rantaian-blok daripada HTC ini dalam bulan-bulan akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jYTmKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.