Lautan Biru Muda Banjiri Manchester
Kira-kira 100,000 penyokong Manchester City membanjiri jalan sekitar bandar berkenaan untuk meraikan pasukan mereka yang berarak dengan trofi Liga Perdana Inggeris hari ini. Skuad juara dan jurulatihnya Pep Guardiola dibawa dengan bas tanpa bumbung untuk meraikan musim bersejarah yang dipenuhi pelbagai pencapaian luar biasa.
Hanya penjaring terbanyak, iaitu pemain Argentina Sergio Aguero yang menjalani rawatan di negaranya akibat kecederaan lutut sebagai persiapan ke Piala Dunia dan penyerang Sepanyol David Silva yang bersama anak kecilnya di Sepanyol tidak menyertainya.
City menjuarai gelaran itu dengan bergaya, menjadi kelab Inggeris pertama mencatat 100 mata, merekodkan jaringan terbanyak iaitu 106 gol dan menewaskan pasukan tetangga mereka Manchester United di tangga kedua dengan kelebihan 19 mata.
Pemain Belgium Kevin de Bruyne yang tampil pemain City paling cemerlang sepanjang kempen ini, terharu dengan semangat ditunjukkan peminat yang mengibar bendera. “Melihat orang ramai menyertai kami dalam suasana meriah adalah sesuatu yang menakjubkan,” katanya.
“Musim ini sungguh luar biasa dan menamatkannya semalam pada saat akhir untuk memastikan 100 mata milik kami sesuatu yang luar biasa. Apa saja yang anda menangi memang istimewa tetapi inilah detik kemuncak atas apa yang anda usahakan,” kata pemain berusia 26 tahun.
Pengurus Guardiola berkata ini bukan samanya untuk memandang ke hadapan sama ada mereka mampu memperbaiki pencapaian mereka musim depan. “Ini adalah masanya untuk menikmati apa yang kami lakukan musim ini,” kata Guardiola.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rLVWXX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment