Wartawan Era Digital
Perubahan ketara dunia digital sekarang memerlukan wartawan lebih peka kepada persekitaran teknologi yang canggih. Beberapa senario memerlukan wartawan bertindak pantas dalam melaporkan berita dan pada masa sama diperkuatkan dengan pelbagai gajet untuk bekerja.
Ditambah kemunculan media sosial yang menjadi platform sekunder melaporkan berita, fungsi wartawan kini dipelbagaikan. Misalnya, kalau dulu wartawan akhbar hanya berbekalkan pen dan sebuah buku keluar mencari berita, mereka kini perlu memastikan berita terbabit disampaikan secara visual, bukan sekadar teks.
Gajet yang bersesuaian ditagih dalam memastikan keberkesanan laporan dan bersesuaian dengan teknologi akhir seperti skrin telefon yang diterima pembaca atau penonton. Arus pantas teknologi memerlukan laporan ‘on the spot’ yang tepat dan menyeluruh.
Journal Komunikasi Malaysia yang diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Jilid 29 menunjukkan keperluan wartawan berikutan satu kejadian di London yang menyebabkan permulaan wartawan warga.
Kewartawanan warga ketika itu bermula ketika kejadian pengeboman di beberapa lokasi yang menempatkan pengangkutan awam di London pada 7 Julai 2005 seperti dicatatkan Bruns A pada 2009.
Menurut Bruns, tragedi yang berlaku pada hari terbabit dilaporkan terus orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian melalui sistem pesanan ringkas (SMS), rakaman telefon, audio dan video.
Imej pertama pengeboman London itu juga bukan diterima daripada kamera video berkualiti tinggi, rangkaian TV atau kamera berkualiti daripada wartawan foto amatur. Imej resah gelisah yang disiarkan oleh BBC dan rangkaian berita lain berulang kali itu adalah diambil dari telefon mangsa kejadian.
Itulah titik permulaan yang memerlukan wartawan lebih agresif dan menukar cara kerja kepada operasi yang lebih canggih. Penulis baru-baru sudah mula menukar cara kerja kira-kira sembilan tahun lalu apabila menggunakan netbook sebagai platform untuk menaip kerja di samping nota yang ada namun keperluan sekarang, video pun diperlukan.
Bukan itu saja, wartawan pun bertindak sebagai jurugambar dalam situasi tertentu. Oleh itu, gajet yang digunakan memang perlu menepati ciri terbabit. Paling asas, sebuah telefon pintar yang sesuai untuk merakam, merekod dan mencari sumber rujukan di Internet.
Penulis memilih iPhone X sebagai gajet tambahan pada masa kini kerana seorang wartawan memerlukan sekurang-kurangnya telefon berkamera 12 megapiksel dan pemprosesan pantas serta RAM 3GB. Ia bersesuaian dengan kewartawanan mudah alih apabila merakam foto dengan cantik dan mampu merakam video untuk penerbitan di laman sosial atau format TV sebenar.
Bagi tujuan rakaman di media sosial, laman web atau TV sekalipun, bukan peranti biasa saja boleh melakukannya. Jika mahu merakam untuk tujuan ‘saja-saja’ mungkin boleh namun bagi wartawan, gajetnya berbeza atas faktor format media tertentu. Penulis memilih mikrofon sebagai aksesori tambahan yang bersesuaian untuk merekod rakaman temu ramah dengan lebih jelas.
Setakat ini, penulis memilih Shure MV88 yang berformatkan strero digital sesuai untuk audio yang baik. Tripod menjadi aksesori pilihan seterusnya bagi tujuan rakaman pegun, video secara langsung atau acara yang mempunyai tempoh lama tanpa memerlukan penulis bergerak terlalu kerap.
Satu lagi, batang swafoto juga boleh menjadi aksesori yang baik bagi tujuan senario sesak ketika pelancaran produk dan acara berskala tinggi. Kemudian, penulis beralih kepada beberapa aplikasi yang memudahkan rakaman. Misalnya Lightroom dan Snapseed untuk tujuan suntingan.
Jika tidak diperlukan, kamera iPhone X boleh secara terus merakam dengan baik tanpa memerlukan pasca suntingan terutama jika imejnya tidak pegun. GAJET wartawan. Selain itu, penulis menambah aplikasi Filmic Pro bagi tujuan rakaman video dengan ciri ‘white balancing’ yang berbeza, meter pada pencahayaan dan ‘focus points.
Disebabkan ekosistem suntingan pada Apple lebih mudah, penulis boleh memindahkan foto dan video ke Macbook Pro bagi tujuan pasca produksi atau simpannya ke peranti lain secara ‘ot the go’ (OTG). Pendek kata, kecanggihan peranti seperti iPhone X dan aksesori lain membantu dalam menjadi wartawan mudah alih yang memudahkan kerja.
Kalau 10 tahun dulu, wartawan perlu kembali ke pejabat untuk menyiapkan berita, kini mereka tidak perlu berbuat demikian kerana penghantaran berita boleh dilakukan di mana-mana, bukan saja di lokasi liputan seperti pusat konvensyen, malah di kedai mamak dan bawah pokok, asalkan ada telefon pintar.
Itulah perubahan semasa, semua wartawan perlu menyediakan diri dengan teknologi canggih, pantas dan cekap mengendalikan telefon pintar bagi memastikan pembaca memperoleh berita yang ‘segar’ dan terawal dari media tempat kita bekerja secara profesional.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L5FNWs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment