Remaja Cedera Dibelasah 10 Individu
Sekumpulan lelaki diburu polis selepas dipercayai merusuh dan bergaduh di Plaza Harbour Mall di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 4 petang itu, seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun cedera di mata dan lengan akibat ditumbuk dan ditendang 10 individu tidak dikenalinya.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa ke lokasi berkenaan untuk membeli barang lalu terserempak dengan sepupunya sebelum kejadian itu.
“Mereka dilaporkan duduk melepak di Plaza Harbour Mall sambil memerhatikan sekumpulan lelaki yang turut melepak di situ.
“Secara tiba-tiba seorang lelaki daripada kumpulan itu datang ke arah mangsa dan bertanya kenapa mangsa memandang ke arahnya sebelum suspek turut bertanya sama ada mangsa tidak puas hati dengannya. Mangsa dikatakan tidak menghiraukan suspek lalu terus beredar dari kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L61jKn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment