Brighton Lega Elak Turun Liga
Brighton and Hove Albion memastikan mereka kekal di Liga Perdana Inggeris dengan baki dua perlawanan selepas jaringan Pascal Gross memberikan mereka kemenangan di laman sendiri 1-0 ke atas Manchester United awal pagi tadi.
Penyerang Jerman itu menanduk masuk hantaran Jose Izquierdo pada minit ke-57 ketika Brighton menguasai perlawanan itu dan aksi cemerlang penjaga gol United David de Gea berjaya menghalang pasukan tuan rumah mencatat kemenangan lebih besar.
Kemenangan itu melonjakkan Brighton ke tangga ke-11, dengan 40 mata hasil perlawanan yang meletakkan mereka di atas tiga kelompok terbawah sebelum berkunjung ke Manchester City pada Rabu dan perlawanan akhir menentang Liverpool.
Marcus Rashford dan Anthony Martial kali ini digandingkan membarisi United di tangga kedua namun gagal memberi sebarang impak apabila pasukan lawan dilihat tempang dan kehilangan idea dengan hantaran akhir mereka sering teresasar pada hari itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jyzXQD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment