Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Mempertimbangkan Perkhidmatan Langganan Bulanan Tanpa Iklan Untuk Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Mempertimbangkan Perkhidmatan Langganan Bulanan Tanpa Iklan Untuk Pengguna

Facebook ialah platform media sosial yang boleh digunakan secara percuma oleh semua individu di muka bumi. Ia bermula sebagai platform perkenalan di kolej sebelum kini digunakan untuk perniagaan dan berhubung dengan badan kerajaan. Bagi ramai individu, berhenti menggunakan Facebook adalah mustahil walaupun selepas skandal Cambridge Analytica.

Laman media sosial ini percuma kerana maklumat peribadi pengguna dijual untuk tujuan pengiklanan. Data raya yang lengkap membolehkan produk disasarkan kepada golongan spesifik menggunakan iklan. Tahun lalu Facebook mencatatkan jualan iklan mencecah $41 bilion (~RM 162 bilion). Tetapi apakah alternatif kepada mereka yang masih mahu menggunakan Facebook tetapi tidak mahu data peribadi dijual?

FacebookMenurut laporan Bloomberg, Facebook masih mempertimbangkan perkhidmatan langganan bulanan kepada pengguna seperti di atas. Kajian kini dilakukan secara dalaman untuk melihat saman ada bayaran langganan akan meningkatkan jumlah pengguna. Tidak diketahui berapakah harga langganan yang akan dikenakan sekiranya ia ditawarkan.

Sebelum Techcrunch melakukan analisis dimana bayaran langganan ialah di antara $8-14 (~RM 31-55) sebulan. Bagi pengguna di Malaysia ini mungkin tanda harga yang amat mahal untuk sebuah media sosial. Namun bagi mereka yang lebih mementingkan harga diri dan privasi, ia mungkin alternatif yang perlu diambil bagi mengelakkan data peribadi dijual.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KDEEF2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.