Hi! Welcome Back and Stay Tune! TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA




Kebangkitan rakyat berterusan lagi.  Setiap program ceramah atau jelajah Pakatan Harapan, dengan yang terbaru di Melaka malam tadi, terus mendapat limpahan kehadiran daripada rakyat pelbagai kaum.

Sebenarnya, bukan majlis yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad saja yang mendapat sambutan yang luar biasa, bahkan di beberapa tempat yang tiada kehadiran beliau juga turut menunjukkan sokongan  yang hangat daripada rakyat.

Lantaran sambutan hangat daripada rakyat kepada program jelajah dan majlis ceramah Pakatan Harapan di seluruh negara setakat ini, sukar untuk menolak bahawa tsunami rakyat tidak  berlaku pada 9 Mei ini.

Tsunami rakyat kian pasti akan berlaku. Rakyat kini ternyata telah bangkit untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan ingin melihat tumbangnya UMNO serta BN.

Sudah tentu, berdasarkan semangat rakyat yang sedang meluap-luap ketika ini, program dan majlis seterusnys menjelang 9 Mei nanti akan terus mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat di seluruh negara. Sekali rakyat bangkit, mereka akan terus bangkit dan bangkit sehingga berjaya.

Dengan hakikat ini, mahu tidak mahu, Najib Razak harus mengakui masa depannya semakin sukar dan kekalahan semakin menghampirinya.

Apa pilihan yang sebaiknya buat Najib?

Apakah beliau perlu terus berjuang sehingga ke hari pengundian dan kemudian menerima berita kekalahan itu dengan linangan airmata?

Sebagai seorang penulis yang turut menghadiri beberapa majlis jelajah Pakatan Harapan dan melihat sendiri sambutan serta aura kebangkitan rakyat, jika tidak menjadi kesalahan, saya ingin menasihati Najib bahawa sekiranya mulai hari ini keghairahan rakyat kepada perubahan tidak juga surut, bahkan tambah memuncak, adalah lebih baik beliau segera mengangkat bendera putih, mengaku kalah dan cepat-cepat meninggalkan negara ini.

Tidak guna lagi Najib terus bertahan, menabur pelbagai janji dan habuan kerana rata-rata rakyat tidak percaya lagi kepada semua pemberian itu.

Sebaliknya, mulalah daripada sekarang mengemas barang-barang dan mengumpul beg untuk keluar daripada Seri Perdana dan juga meninggalkan negara ini.

Rakyat kini terlalu inginkan perubahan. Rakyat mahu hidup tanpa GST, rakyat mahu harga minyak yang stabil, rakyat tidak mahu pemimpin yang ada skandal, rakyat sudah letih dengan kos sara hidup yang tinggi, sedangkan pemimpin ada wang beribu juta ringgit dalam bank dan memiliki perhiasan yang mahal-mahal.

Najib sudah tentu ada pelbagai laporan risikan mengenai tahap sokongan rakyat terhadapnya. Apa yang penting, dapatkan laporan yang betul dan bukan daripada pihak yang bertujuan hanya untuk menggembirakan hatinya.

Laporan itu, jika pihak berkaitan bersikap jujur dan berterus-terang, pasti akan menyerlahkan hakikat bahawa rakyat tidak lagi memihak kepada UMNO dan BN.

Untuk itu, pilihan yang terbaik bagi Najib tidak lain ialah segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah mana-mana negara di dunia ini untuk mendapatkan perlindungan. Ini satu-satunya pilihan baginya.

Terus menunggu sehingga hari pengundian dan kemudian menyaksikan kekalahan serta penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN di depan mata, hanya menjanjikan keadaan yang lebih buruk bagi kehidupan beliau yang seterusnya.

Harus disedari bahawa antara komitmen Tun Mahathir dan Pakatan Harapan ialah untuk menangkap dan menyiasat Najib berhubung skandal 1MDB dan kewujudan wang sebanyak RM2,600 juta yang ada dalam akaunnya dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.

Situasi itu sangat-sangat mungkin membawa pengakhiran suatu kehidupan yang panjang di penjara kepada beliau akhirnya.

Sedia dan sanggupkah Najib menghadapi semua kemungkinan itu?

Selain itu, selepas kekalahan UMNO dan BN nanti, percayalah juga bahawa majoriti pimpinan UMNO yang ada hari ini akan segera menyalahkan Najib sebagai punca utama kehilangan kuasa yang dipegang sejak lebih 60 tahun selama ini.

Tidak ada sesiapa yang akan membela dan mempertahankan Najib lagi ketika itu. Semua orang UMNO akan mengutuk dan menghentamnya, malah tidak mustahil beberapa pemimpin seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Annuar Musa dan ramai yang lain sudah pun berpeluk dan mencium tangan Tun Mahathir sambil menangis dengan cucuran air mata tanda penyesalan.

Majoriti pemimpin UMNO adalah jenis "cari makan". Di mana ada kuasa, ke situlah kiblat mereka. Setelah UMNO dan BN hilang kuasa di peringkat Pusat, tiada sebab lagi untuk mereka bertahan dengan parti itu.

Kekalahan UMNO dan BN hanya akan menyebabkan Najib menanggung pedih dan kesakitannya secara bersendirian. Tun Mahathir dan Pakatan Harapan pasti mengotakan segala janji dan kata-katanya kerana itulah juga kehendak rakyat sebenarnya.

Oleh itu, jalan yang selamat bagi Najib hanyalah dengan segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah tempat yang selamat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan selepas itu.

Najib, ini nasihat ikhlas daripada saya!! (ShahbudinHusin 05/05/2018).


✍ Sumber Pautan : ☕ WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rqYsmf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.