Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU14 Dengan Betul, Elak Ditolak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU14 Dengan Betul, Elak Ditolak


Apabila memperkatakan mengenai cara mengundi, yang sentiasa terbayang dalam fikiran adalah cara tanda pangkah dalam kotak pilihan kertas undi sebagai tanda pilihan pengundi kepada pihak yang disokong.

Maka timbul telahan sekiranya pengundi menggunakan tanda selain pangkah, undi itu akan dianggap tidak diterima atau ditolak.

Namun anggapan di atas sebenarnya kurang tepat.

Dalam proses pengiraan undi, pihak SPR sedaya upaya memastikan setiap undi diberi keadilan sewajarnya untuk diterima berdasarkan undang-undang yang diguna pakai untuk menjalankan proses pilihan raya.

Oleh itu, setiap kertas undi yang bertanda akan diperhatikan dengan teliti untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan dalam pengiraan undi.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan jumlah undi ditolak, demi kepentingan semua pihak yang bertanding.

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk melaksanakan tanggung jawab selaku pengundi pada hari Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada Mei nanti

Mungkin ia berguna untuk individu yang pertama kalinya keluar mengundi nanti dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daftar pemilih SPR


Panduan dan cara pangkah kertas undi PRU14 – Pilihan Raya Umum 2018

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih

Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari tempat Mengundi

Ucapkan Tahniah kepada diri anda sendiri kerana telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik

Langkah cara nak buang undi PRU14




✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rvtSZ5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.