Media Sosial Alat Kempen
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada 9 Mei depan dan semua parti yang bakal bertanding sudah memulakan kempen masing-masing selepas penamaan calon pada 28 April lalu.
Pelbagai kaedah berkempen digunakan dalam pilihan raya umum sejak ia dilaksanakan pada 1955 dengan kaedah lama seperti poster, bendera dan risalah dijangka terus popular serta memeriahkan suasana kerana hanya berlangsung sekali dalam masa lima tahun.
Di alam siber yang melanda ketika ini, ia tidak ketinggalan menganjakkan dimensi baru dalam berkempen kerana pemikiran manusia kini berubah melalui ilmu yang didapati serta tahap kepelbagaian idealisme zaman moden memungkinkan segalanya berlaku.
Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram menjadi wadah baru memperjuangkan ideologi masing-masing yang mula menjadi perkakasan baru bagi bakal Yang Berhormat terutama apabila melihat keluasan penyampaian Internet. Sudah pasti disebabkan kemeriahan berkempen cara baru itu, trafik Internet meningkat secara mendadak.
Hanya itulah bentuk perhubungan paling efektif dalam tempoh berkempen ini. Pertandingan terutama dalam kawasan bandar yang mempunyai kadar penembusan Internet dan prasarana tinggi amat penting dalam menyampaikan maklumat serta agenda masing-masing.
Gabungan multimedia dalam media sosial seperti video memberi kaedah moden menyampaikan maklumat kepada pengundi yang mahukannya secara pantas dan terkini apatah lagi ketika mereka bersemangat menghadapi pilihan raya. Pembaca online datang dari seluruh negara dan Internet adalah medium terbaik serta efektif ketika memberikan penjelasan mengenai sesuatu isu.
Ketika ini pelbagai ‘page’ Facebook berkaitan parti menjadi sehangat mungkin manakala beberapa calon yang menggunakan Internet sebagai perantara di antara mereka dan pengundi semakin aktif mengisi status masing-masing. Facebook yang mempunyai jumlah pengguna media sosial paling ramai di Malaysia menjadi platform berkempen.
Sudah pasti, ia menyediakan jawapan terbaik kepada kempen lebih dekat apabila kelakuan pengundi boleh dijangka lebih baik. Kandungan yang dikongsi mengenai calon di media sosial misalnya bernilai untuk kempen pilihan raya.
Maklumat mengenai keutamaan pengundi berdasarkan status mereka, isu yang mempengaruhi keputusan mereka bahkan maklumat geografi boleh diekstrak daripada pengguna media sosial dan dieksploitasi melalui model ‘persuasive’ pengundi.
Ia berbeza dengan pengundi tradisional terutama golongan yang berumur 50 tahun ke atas. Suapan berita pengguna dengan kata lain, menyediakan banyak maklumat yang berguna untuk kempen dalam lebih memahami pola undian. Calon seharus menggunakan media sosial lebih peribadi dengan membalas komen pengguna dan terus aktif bersosial tanpa terlalu formal yang mendekati pengguna.
Biasanya, sasaran pengguna media sosial juga berbeza dengan kelompok Facebook lain kaedahnya berbanding kumpulan Twitter namun pengundi dalam media sosial sudah menetapkan keputusan berdasarkan maklumat diperoleh dalam rangkaian terbabit.
Apatah lagi, status di Facebook atau ‘thread’ di Twitter menjadi ikutan kepada ‘influencer’ atau selebriti yang berkongsi atau ‘RT’ seterusnya mewujudkan hubungan intim antara tiga kelompok berbeza.
Calon perlu memanfaatkannya sebagai alat pembelajaran untuk mewujudkan hubungan yang mantap antara pengundi mereka untuk memacu semangat dan mempengaruhi nilai positif sebelum mengundi. Kajian semula data Facebook ketika kempen menunjukkan lebih 95 peratus ‘buzz’ atau populariti calon didorong luar ‘page’ kempen utama calon terbabit.
Ia bermakna, seorang ‘endorser’ lain perlu bercakap mengenai page calon terbabit jika ia mahu membina interaksi dan meningkatkan populariti berbeza mencipta sebuah page Facebook dan membiarkannya aktif saja.
Setiap calon mempunyai page atau laman Facebook utama mereka sendiri tetapi page lain juga dibuat untuk menambah tahap popular dan penembusan kepada pengundi. Bagi pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab pada 9 Mei ini, jangan lupa beberapa peraturan membabitkan kerahsiaan undi dan penggunaan media sosial yang tepat. Antaranya:
1.Jangan ‘live’ siaran langsung di Facebook.
2.Insta Story ketika mengundi bukan cara terbaik menyambut kali pertama mengundi.
3.Apa saja alatan elektronik elok ditinggalkan saja sebelum keluar mengundi.
4.Anda boleh Facebook Live dan Insta Story di luar pusat mengundi tapi jangan pula sehingga mengganggu orang ramai yang sedang beratur.
5.Jangan tularkan maklumat palsu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KFwUCN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment