Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gboard – Aplikasi Papan Kekunci Daripada Google Kini Menguji Ciri Membuat GIF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gboard – Aplikasi Papan Kekunci Daripada Google Kini Menguji Ciri Membuat GIF

Gboard merupakan salah satu aplikasi papan kekunci untuk peranti Android, dimana Gboard hadir terus daripada pihak Google. Papan kekunci maya Gboard ini sedia diminati ramai kerana mudah digunakan dengan rekaan yang menarik, selain integrasi sokongan GIF dan sebagainya.

Kini, Gboard turut menguji sebuah ciri baru melalui versi beta aplikasi mereka, iaitu kebolehan untuk pengguna membuat GIF mereka sendiri melaluinya.

Gboard GIF

Untuk melakukannya, anda hanya perlu mengakses ruangan berkongsi GIF, dan anda akan melihat pilihan untuk membuat GIF anda sendiri melaluinya. Sokongan ini dijayakan dengan menggunakan kamera pada peranti anda, dimana anda boleh merakamkan apa yang anda inginkan, dan kemudian menambah sedikit kesan sebelum berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain.

Buat masa ini, ciri ini diuji pada peringkat beta, dan mungkin diperluaskan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin mengujinya, boleh membuka halaman Gboard melalui Google Play di peranti mudah-alih anda, dan menyertai Gboard Beta dengan menatal pada bahagian bawah halaman Gboard berkenaan.

Muat-Turun Gboard di Google Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I1JE4D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.