Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sterling digesa belajar cara Messi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sterling digesa belajar cara Messi

RAHEEM Sterling harus melupakan kekecewaannya terhadap lawan dan pengadil sebelum mengikuti contoh yang dipamerkan bintang Barcelona, Lionel Messi.

Perkara itu disuarakan pengendali Manchester City, Pep Guardiola, selepas melihat sumbangan Sterling dalam membawa pasukannya menjuarai Piala Liga dan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam kemenangan 4-1 ke atas West Ham United minggu lalu, dia mencatatkan tiga bantuan jaringan, sekali gus membolehkannya mengutip 11 bantuan gol serta 18 jaringan musim ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dilihat berang dengan keputusan pengadil yang menafikan sepakan penalti untuknya selepas dijatuhkan oleh Aaron Cresswel dalam babak kedua sehingga cuba mendapatkan penjelasan pengadil, Neil Swarbrick, selepas tamat aksi.

Guardiola dengan pantas menolak dakwaan bahawa pemain-pemainnya melakukan lakonan di atas padang tetapi dalam masa sama berasa Sterling wajar melihat bagaimana Messi sering menghadapi situasi seperti itu.

“Dia harus mempelajarinya dan menerima realiti,” kata Guardiola ketika bercakap mengenai Sterling menjelang aksi bertemu Huddersfield Town malam ini, di mana City akan dipersembahkan trofi Liga Perdana Inggeris.

“Sudah tentu ramai orang yang menyifatkannya sengaja menjatuhkan diri, bermakna mereka mempercayainya. Bagaimanapun, Sterling agak jujur dalam situasi seperti itu. Dia adalah seorang lelaki yang tidak akan menendang lawan.

“Anda harus menerima dan mengawalnya. Jika seorang individu melakukan kesilapan, terus bangkit dan mara ke depan.

“Saya mempelajarinya daripada pemain terbaik dalam sejarah (Messi) yang tidak pernah merungut di atas padang. Sterling juga harus mengetahui tentangnya. Ia berlaku dan tindakan seterusnya yang paling penting.”



Sumber Sterling digesa belajar cara Messi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rr0q6a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.