Kuatkan diri, tuan - Ronaldo hantar mesej buat Ferguson
United mengesahkan pada lewat malam semalam bahawa Ferguson yang berusia 76 tahun telah jatuh sakit pada Jumaat dan menerima rawatan rapi susulan prosedur yang dijalankan dengan lancar.
“Sir Alex Ferguson telah menjalani pembedahan pada hari ini akibat berlakunya pendarahan otak. Segala proses berjalan dengan lancar tetapi dia memerlukan tempoh kawalan rapi untuk benar-benar pulih. Pihak keluarganya meminta ruang persendirian untuk perkara ini.
“Kami sentiasa mendoakan Sir Alex bersama keluarga tercinta pada waktu ini dan berharap agar dia lekas sembuh,” memetik kenyataan rasmi Manchester United menerusi laman Twitter.
Bekas pengurus dari Scotland itu membimbing United selama 27 tahun sehingga 2013, menikmati karier yang sangat hebat di Manchester sehingga meraih pelbagai kejuaraan dan melahirkan ramai pemain hebat.Tidak syak lagi, pemain terbaik yang pernah dibangunkan adalah Ronaldo, selepas mendapatkan khidmatnya dari Sporting Lisnbon pada 2003 sebagai pengganti kepada David Beckham.
Ferguson memberi bimbingan buat Ronaldo di United dan penggempur itu meraih anugerah Ballon d’Or pertamanya sewaktu beraksi di Old Trafford pada 2008, tahun dimana dia pertama kali meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.
Seperti Beckham, Ronaldo kemudian dibenarkan untuk meninggalkan United dan berhijrah ke Real Madrid pada 2009.
Kini, Ronaldo mengharapkan perkhabaran baik ekoran situasi yang dihadapi Ferguson.
“Doa dan harapan saya buat anda, temanku. Kuatkan diri, tuan,” memetik kenyataan Ronaldo melalui laman Twitter rasminya.
Sumber Kuatkan diri, tuan - Ronaldo hantar mesej buat Ferguson
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KGv0Sf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment