Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cukai SST tidak dilaksanakan 1 Jun ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cukai SST tidak dilaksanakan 1 Jun ini

 | May 27, 2018
Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy berkata peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan mulai 1 Jun.
Kastam berkata peniaga dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6% kepada kadar sifar (0%) kepada pengguna dalam bentuk harga yang rendah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini dan tarikh sebenar perlaksanaannya akan diumumkan kemudian.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan GST yang dikenakan pada kadar 6% akan disifarkan mulai 1 Jun.
“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Subromaniam berkata kerajaan menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam negara serta barang dan perkhidmatan diimport yang dikenakan GST pada kadar standard 6% akan dikenakan kadar sifar (0%) berkuatkuasa 1 Jun dan terpakai di seluruh negara.

“Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Peniaga-peniaga dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6% kepada kadar sifar (0%) kepada pengguna dalam bentuk harga yang rendah,” katanya.

Peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan 6% kepada sifar yang dimuatnaik di laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2spcXI7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.