Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dompet makin ‘koyak’ bila masuk bulan Ramadhan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dompet makin ‘koyak’ bila masuk bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan yang mulia dah berkunjung tiba.

Selain menjalankan kewajipan ibadah yang dituntut, bulan ini juga adalah masa terbaik untuk melatih diri supaya berjimat-cermat.

Tapi, ada segelintir yang masih berusaha untuk capai matlamat murni ni. Mungkin sebab dah terbiasa berbelanja tak ingat dunia.

Masalah ni, korang boleh nampak bila ke bazar. Selagi boleh muat beg plastik dekat tangan, selagi tu dia akan beli.

Nak ubah perkara ni? Jemput hadamkan perkongsian simple tapi power ini laju-laju.

Bahaya. Jangan sampai sebati dalam diri sendiri

Amalkan ilmu yang Tuan Amir Syahir kongsikan ini.

Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri.

Nak membaiki diri sendiri sangat susah jika tabiat buruk sudah sebati dalam diri. Misalnya tabiat berbelanja dengan boros.

Bulan Ramadhan ni elok untuk kita berubah. Perubahan tak semestinya perlu berlaku secara drastik kan. Mulakan secara perlahan-lahan.

Tapi perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap minggu tanamkan azam untuk berubah.

Dalam masa sebulan ni, cuba korang praktikkan benda di bawah ni. Antaranya :

Tip #1 : Mulakan segera sejurus masuk minggu pertama

Minggu pertama, korang boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya korang tahu aliran duit keluar masuk.

Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

Tip #2 : Pilih yang mana anda patut beli

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga.

Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je. Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita.

Jadilah pengguna yang bijak.

Tip #3 : Ada smartphone, tapi tak gunakan betul-betul?

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je.

Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul.

Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya takde penyesalan di masa depan.

Tip #4 : Catat semua. Jangan bagi chance!

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan.

10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1.

Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang korang mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang korang.

Ikut segala peruntukan bajet belanja korang, Tak guna ada telefon pintar kalau malas nak buat bajet. Paling simple, korang buat group dekat WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.

Bonus – 7 tip lagi untuk anda guna

1) Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan sekali je. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast food ni.

2) Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan dengan cara ni. Rasa excited bila tengok tabung dah mula penuh dengan duit berwarna.

Tak percaya, korang cubalah.

3) Kurangkan kehendak. Tangguhkan kehendak dan jangan berhutang demi kehendak.

Mungkin sebelum-sebelum ni, korang tak dapat kawal diri kan nak beli itu ini. Kalau rasa kasut masih elok, tak payah beli yang baru.

Prinsip gua, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan tiap-tiap buka dompet serupa tumbuk bawang je.

Tengok balik mana yang anda boleh ubah   

4) Semak semula perbelanjaan korang. Baiki mana yang kurang. Kiraan kos diluar jangka.

Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah bersedih orang lain dah kaya, hidup senang.

Yakinlah kita berusaha mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting, perubahan.

5) Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Jika makan diluar, pilih restoran biasa.

6) Belajar tutup lampu / air jika tak digunakan. Baiki setiap paip yang bocor. korang akan jimat nanti. Kalau korang sekeluarga duk lepak ruang tamu, tutup la air condition dalam bilik tu.

7) Berhenti beli majalah pasal artis. korang je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan korang tak kisah dan tak peduli ke korang pun.

Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan.

Jika korang gagal untuk merancang, korang orang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh, sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Kah!

Boleh share jika manfaat. Terima Kasih ya.

Mungkin sekarang korang dah sedar berapa banyak yang dah bazirkan, untuk beli macam-macam benda untuk kepuasan diri sendiri.

Bukan tak boleh berbelanja, tapi elakkan sampai tahap berlebih. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Tok nak korang sahut apa yang Tuan Amir cakap tadi. Sila jadi bijak dalam merancang kehidupan.

The post Dompet makin ‘koyak’ bila masuk bulan Ramadhan? appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GXIuWP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.