Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya tahu apa yang telah saya capai - Bale tidak hirau tanggapan penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya tahu apa yang telah saya capai - Bale tidak hirau tanggapan penganalisis

GARETH Bale bersependapat bahawa dia kurang dihargai sebagai pemain selepas merakamkan dua gol dalam kemenangan final Liga Juara-Juara (UCL) dengan Real Madrid ke atas Liverpool, semalam.

Bale sekadar membuat penampilan di Kiev, Ukraine, dari bangku simpanan ketika permainan terikat 1-1 sebelum menang 3-1 untuk merangkul gelaran ketiga Eropah berturut-turut .

Jaringan pertama -- melalui sepakan gunting -- dilabel sebagai salah satu gol terhebat dalam sejarah perlawanan UCL sementara gol kedua sumbangannya menerusi rembatan deras mengelirukan penjaga gol, Loris Karius, yang turut melakukan kesilapan atas gol pembukaan Karim Benzema.

Cristiano Ronaldo mencuri tajuk utama dengan petunjuk mengejutkan bahawa dia mungkin meninggalkan Madrid, namun Bale juga menghabiskan sebahagian besar pasca perlawanan semalam untuk membincangkan masa depannya sendiri.

Pemain antarabangsa Wales itu berulang kali menegaskan dia harus memulakan setiap perlawanan dan jika itu gagal dijamin, maka dia akan berbincang dengan ejennya mengenai pilihan tawaran yang ada.

Bale kurang diberi perhatian yang sewajarnya selama lima tahun di Madrid yang menyaksikannya memenangi empat kejuaraan UCL serta satu LaLiga pada 2017.

Selepas berhenti sejenak untuk mempertimbangkan jawapannya, Bale tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

"Secara jujurnya, ia tidak mengganggu saya sama sekali," jawabnya. "Saya tahu apa yang saya lakukan, apa yang saya mampu dan apa yang saya capai."

Bale, 28, sering dibelenggu masalah kecederaan dan dia sedar kerjaya pemain profesional terlalu pendek buat seseorang pemain yang mempunyai kualiti sepertinya untuk menghabiskan tempoh yang lama di luar kesebelasan utama.

Justeru, bekas pemain Tottenham Hotspur tersebut yang dikaitkan dengan Bayern Munich dan Manchester United, percaya dia boleh bertambah baik sebaik mengatasi masalah kecergasannya.

"Saya mendapat kecederaan pergelangan kaki sekitar Krismas lalu. Ia sepatutnya mengambil masa selama setahun untuk pulih sepenuhnya," katanya.

"Saya berasakan saya semakin kuat dan saya semakin baik.

"Masih banyak lagi yang boleh saya sumbangkan, sebab itulah saya perlu bermain pada setiap minggu, itulah yang perlu saya lakukan."



Sumber Saya tahu apa yang telah saya capai - Bale tidak hirau tanggapan penganalisis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ky1rqh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.