Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarri miliki kemampuan kemudi Chelsea - Ranieri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarri miliki kemampuan kemudi Chelsea - Ranieri

BEKAS pengurus Chelsea, Claudio Ranieri, percaya Maurizio Sarri mampu berjaya di Stamford Bridge jika dilantik oleh pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sarri digantikan oleh Carlo Ancelotti di Napoli ketika masa depannya dikaitkan ke Chelsea di mana pengurus berbangsa Itali, Antonio Conte, dijangka akan mengosongkan jawatan itu.

Sarri, 59, dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Chelsea selepas membimbing Napoli meraih tangga kedua dalam tempoh tiga musim terakhir selepas memberi saingan sengit kepada penyandang juara Serie A, Juventus.

Ranieri -- yang meraih kejuaraan liga bersama Leicester City -- menghabiskan masa selama empat tahun di Chelsea sebelum dipecat pada 2004 dan dia memberi amaran kepada Sarri mengenai pemilik, Roman Abramovich.

"Sarri ke Chelsea? Ia bergantung kepada apa yang Maurizio suka, dia mungkin mendapat sokongan atau tiada langsung daripada presiden," ujar Ranieri yang meninggalkan kelab Ligue 1, Nantes, selepas hanya semusim memberitahu Sky Italia.

"Dia perlu bekerja keras kerana itu bukan sesuatu yang dia miliki.

"Sarri telah mencapai kejayaan di setiap peringkat, termasuk Empoli di sebalik orang melabelnya sebagai tidak bersedia untuk pasukan besar.

"Sekarang, mereka mengenalinya di seluruh Eropah dan saya pasti dia boleh memainkan peranan dan falsafahnya di mana sahaja."

Ranieri juga ditanya mengenai Napoli yang melantik bekas pengurus AC Milan, Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich, Ancelotti.

Ancelotti dilaporkan bakal mendapat sokongan besar daripada Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, dalam pasaran perpindahan dan Ranieri berkata: "Saya agak terkejut, saya membayangkan Carlo di luar negara.

"Saya perlu mengucapkan tahniah kepada De Laurentiis kerana dia telah membawa masuk seorang jurulatih Itali yang paling berjaya, yang telah meraih banyak kejuaraan di dalam dan luar negara."



Sumber Sarri miliki kemampuan kemudi Chelsea - Ranieri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2spGt0m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.