Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Perlis tingkat kawalan di Istana Arau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Perlis tingkat kawalan di Istana Arau

Polis Perlis tingkat kawalan di Istana Arau
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) bergambar bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (lima, kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau hari ini. Foto: Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA KINABALU - Polis Perlis bersedia dengan pelan kontingensi bagi menghadapi situasi luar jangka berikutan kemelut yang berlaku susulan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang tidak mendapat sokongan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, beliau juga telah mengarahkan kawalan keselamatan di kawasan Istana Arau dipertingkatkan.
Beliau ditemui semasa menyertai delegasi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Ops Pasir 2018 di Sabah bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Azlan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini mencadangkan kepada pucuk pimpinan Umno pusat supaya memecat Azlan sebagai ahli Umno.

ARTIKEL BERKAITAN: [MB Perlis dipecat daripada Umno]
Tindakan Shahidan itu mendapat reaksi netizen yang memberi pelbagai komen ‘nakal’ dan juga provokasi.
Sehubungan itu, Azisman mengingatkan orang ramai dan netizen supaya mengawal kelakuan mereka dan tidak membuat komen jelik atau menghina raja atau institusi diraja.

“Saya berharap biarlah isu kepimpinan dibincang oleh mereka yang terbabit, semoga isu ini diselesaikan dengan berhikmah dan tidak terpalit kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini keadaan terkawal dan polis belum menerima sebarang aduan berkaitan terganggu oleh mana-mana pihak atau individu.
“Kakitangan istana bolehlah mengambil “screenshot” kenyataan menghina yang ditularkan di laman sosial sebagai bahan bukti untuk kita siasat”, katanya.

Azlan, 60, yang merupakan Adun Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN mempertahankan negeri itu pada PRU14 dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri  manakala parti Pakatan Harapan tiga kerusi dan Pas dua kerusi. - Bernama
 



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s6PpbB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.